Tuesday, January 26, 2010

KEHIDUPAN : HUTANG?


Tiada satu manusia pun didunia ini yang bebas dari hutang. Walaupun ada dikalangan manusia yang bebas hutang tetapi hakikatnya tetap berhutang iaitu mereka berhutang dengan Allah SWT. Berhutang sesama manusia adalah pekara biasa dan menjadi lumrah bagi kita bahkan ada manusia berpendapat tidak berhutang tidak ada benda. Kita berhutang dari pekara yang kecil hinggalah kepada pekara yang besar. Akibatnya ada manusia yang menjadi mangsa hutangnya sendiri.


Pekara hutang adalah pekara biasa bagi manusia hari ini, berhutang kereta,rumah,kedai,makan dan hinggalah kepada hutang kad kredit, yang lebih parah lagi hutang dengan Along. Kenapa kita berhutang? Terdesak atau memiliki keinginan yang besar tetapi diluar kemampuan. Kemudahan berhutang pula adalah mudah, dari bank yang mengalakkan manusia berhutang hinggalah kepada kedai-kedai yang juga mengalakan manusia berhutang dalam maksud yang lebih baik membeli barang dengan membayar ansuran. Cara membayar juga mudah, bulan,harian atau tahunan tetapi hakikatnya walaupun apa yang dipanggil ia tetap berhutang.


Ada manusia yang suka berhutang tetapi liat nak bayar dan ada pula yang suka memberi hutang tetapi bayaran baliknya mencekik darah, oleh itu elaklah dari berhutang dan belanjalah mengikut kemampuan. Bercakap pasal hutang, ada orang bila nak berhutang cakap lembut tetapi dah berhutang cabut lari dan kebanyaknya orang yang berhutang kawan rapat tetapi bila berhutang kawan menjadi lawan. Yang lebih teruknya orang yang memberi hutang pula malu nak kutip hutang dan orang yang berhutang buat tak tahu. Pelik betul dunia ini.


Dulu-dulu orang ambil barang dikedai runcit bayar hutang , cukup bulan bayar dan ambil hutang baru. Tauke-tauke semua percaya kerana orang dulu-dulu takut bila berhutang tetapi menurut tauke kedai sekarang orang tak boleh percaya kerana bila nak berhutang cakap punya lembut dan janji bila cukup bulan nak bayar malangnya bila cukup bulan buat tak tahu dan barang semua beli kat supermarkat ,bila tengah bulan baru nampak muka, bayar suku ambil barang baru. Tauke mengeluh baik buka minimarket lagi senang ambil cash, sorry no hutang-hutang.


Kalau nak bercakap pasal hutang, bila-bila pun tak boleh habis. Itu baru berhutang dengan manusia. Bagaimana pula kita berhutang Allah SWT, Sembahyang, zakat,haji dan pekara-pekara yang wajib kita lakukan? Itu kita kena jawab sendirilah.....................

No comments: