Saturday, July 10, 2010

LIFE : STUDENT ZAMAN KU

Sungguh beruntung Student zaman sekarang ini jika dibandingkan dengan student zaman aku dahulu. Sambil  menikmati kopi dari Mc. Donald mata ku melihat disekeliling ruang makan restoran yang rata-ratan pelanggannya terdiri dari student-student yang datangnya dari kawasan sekitarnya. Kebetulan  kedudukan Mc. Donald agak berhampiran dengan Politeknik Seberang Perai dan UITM Pulau Pinang. Ada yang berpasangan dan ada pula bersendirian dengan laptopnya. Aku pasti dalam keadaan ini mereka sedang melayari Facebook yang menjadi satu kemestian bagi student  untuk berinteraksi. Dari raut wajah mereka ternyata mereka berduit hasil dari PTPTN yang tidak pernah dinikmati di zaman student ku. Apa yang ada hanyalah biasiswa kerajaan dan pembiayaan sendiri dari  ahli keluarga. Pada zaman student ku tidak ada laptop mahupun Handphone yang ada hanyalah tempat berkumpul atau berlonggok untuk bersembang  ketika tiada kuliah.

Tidak mampu untuk makan-makan mewah di KFC mahupun Mc. donald kerana pada ketika itu tempat-tempat seumpama ini hanya lah untuk ahli keluarga sahaja apatah lagi restoran-restoran ini hanya ada dikawasan bandar-bandar besar sahaja.Makan diwarung juga dianggap mewah terutamanya dikawasan mamakteria yang terletak dilereng bukit  menuju kejalan besar. Bagi mereka yang menikmati biasiswa mungkin tak terasa susahnya seperti aku yang belajar dengan ihsan ahli keluarga untuk belanja harian. Hujung bulan barulah boleh makan dimamakteria. kalau dah masuk tengah bulan makanan asramalah yang menjadi teman setia. kadang-kadang nak giveup sahaja dengan study apatah lagi dalam keadaan masaalah kewangan. Aku hanya meminta dari bapa ku untuk pembayaran yuran semester sahaja.

Amalan biasalah berkongsi makanan terutama dengan member baik aku si Badrul. Beli satu pinggan mee goreng makan dua orang. Bila tiba hujung bulan duit poket betul-betul cukup untuk tambang balik pergi rumah abang kat KL, sekiranya dibuatnya diorang tak ada rumah menanggis tak berlagulah aku, kat mana aku nak mengadu nasib. Walau bagaimana pun aku agak bernasib baik kerana abang-abang, kakak-kakak  dan adik aku faham keadaan aku. Merekalah yang menanggung segala pembelanjaan aku semasa aku student dahulu. Itulah sebabnya aku sentiasa kenangkan jasa mereka terhadap ku. Apa yang ada pada ku hanya teman-teman yang agak rapat sehingga ke hari ini. Duit poket tambahan ku datangnya dari hasil part time job di hotel dan catering mak zul. Ketika itu baharulah boleh belanja makwe aku kat bandar kelang. Itu pun dah dikirakan mewah. kalau aku kenangkan zaman student ku pasti aku tergelak sendirian...........

No comments: