Thursday, January 14, 2010

KEHIDUPAN : MASA YANG TERSIRAT DIHATI....


Masa berjalan begitu pantas, setiap detik dan saat masa berlalu tanpa menunggu manusia samada dalam keadaan sibuk mahu pun senang. Adakah kita sentiasa menghargai masa atau waktu. ataupun kita membiarkan masa itu berlalu dengan sia-sia kerana masa itu tidak mendatangkan keuntungan kepada kita. Bilakah kita menghargai waktu? Masa hidup atau masa kita hampir menemu ajal ataupun bila masa kita bergembira kita dapat rasakan masa itu sangat cepat berlalu seolah-olah kita tidak puas untuk merasa nikmat kegembiraan itu. Apabila kita menghadapi masaalah yang sangat genting yang bersangkutan dengan dunia kita, kita mengharapkan supaya masa itu dapat berjalan dengan perlahan, kalau bolih masa itu tidak bergerak agar masaalah yang genting itu tidak sampai kepenghujungnya yang bolih memberi kerugian kepada kita. Kita hanya akan dapat mengetahui bahawa berapa banyak masa yang dibazirkan apabila kita masuk kedalam alam barzah tetapi malangnya masa itu tidak dapat dikembalikan walaupun hanya sesaat. Oleh itu hargailah masa. Beringatlah masa senang sebelum susah, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan akhirnya hidup sebelum mati..............................warkah ini ditulis ketika aku berada dibilik Hotel One World Damansara menunggu waktu untuk melelapkan mata......


No comments: