Kehidupan orang melayu kebanyaknya dikelilingi dengan pantang larang. Pantang larang yang diamalkan sejak turun kemurun lagi. Bahkan ianya menjadi sebahagian dari kehidupan. Dari lahir sehinggalah kepada alam perkhawinan. Ada ketikanya pantang larang itu tidak masuk akal tetapi masih diamalkan dengan alasan ianya sebahagian dari adat kehidupan. Kenapa orang tua-tua kita dahulu begitu berpegang teguh kepada pantang larang, adakah ianya sesuatu yang boleh mempengaruhi kehidupan atau pun ada sesuatu hikmah yang tersembunyi? Agak susah juga untuk kita fahami apatah lagi dalam dunia yang serba canggih dan moden. Berkemungkinan ianya adalah satu cara untuk membuatkan manusia patuh dan takut akan berlakunya sesuatu sekiranya pantang larang tersebut dilanggar, mungkin juga ianya berlaku secara kebetulan maka dijadikan pekara tersebut sebagai alasan kerana melanggar pantang larang.
Contoh pantang larang orang tua-tua dahulu. Jangan buka payung dalam rumah ditakuti ular akan masuk kerumah, Jangan ketip kuku malam-malam,Jangan bersiul, Jangan tunjuk pelanggi dengan jari takut tangan kudung dan lain-lain lagi. Itu adalah sebahagian sahaja, ada banyak lagi pantang larang orang tua-tua. Kita mungkin tidak faham apakah rahsia disebalik pantang larang tersebut, berkemungkinan ianya untuk menakut-nakutkan terutamanya kanak-kanak. Apa yang pentingnya pantang larang tersebut tidak bertentangan dengan akidah.
No comments:
Post a Comment