Wednesday, July 7, 2010

LIFE : KALAU BELUM AJAL.

Hampir lima hari aku bercuti tetapi aku tidak dapat memanafaatkan cuti ku dengan sebaiknya kerana ada sahaja commitment yang harus aku selesaikan. Kalau ikutkan hati ini nak sahaja aku pergi jauh bersendirian seperti mana yang kerap aku lakukan. Racangan awalnya untuk ke Langkawi beberapa hari tiba-tiba sahaja ada hal yang harus diselesaikan. Menerima panggilan talipon jam 5 pagi membuatkan hati ini berdebar-debar kerana waktu-waktu begini tentunya menunjukan panggilan kecemasan. Tepat sekali instinct ku, Ibu mertua ku menalipon untuk memberitahu tentang kesihatan Makcik sebelah isteri ku agak kritikal dan anak-anaknya sedang membacakan surah Yassin. Mata masih mengantuk lagi apatah lagi jam satu pagi terpaksa menghantar anak perempuan ku kehospital masaalah sesak untuk bernafas. Alhamdullillah masaalahnya tak lah serius.

Sebaik sahaja selesai sembahyang subuh terus ku kejutkan anak kecil ku untuk ikut serta menghantar anak lelaki ku kesekolah dan kemudian pergi kehospital untuk mendapatkan pemeriksaan susulan bagi anak perempuan ku. Setelah semuanya selasai bergegas kerumah mak mertuaku untuk menjemput mertua ku ke rumah makcik isteri ku. Walau bagaimana pun mak mertua ku telah pun bersiap untuk berangkat dengan jirannya. Lantas isteri ku menyediakan sarapan untuk bapa mertuaku dan kemudian berangkat kerumah mak cik isteri ku. Sebaik sahaja sampai disana aku melihat makcik isteriku telah pun sedar dan kesihatannya nampaknya bertambah baik. Bagi ku begitulah keadaannya kalau belum tiba ajal lagi walaupun dalam keadaan agak kritikal pada mulanya.

Setelah selesai menjenguknya sekejap, terus aku bawa anak perempuan kecil ku ke Mc. Donald untuk bersarapan tambahan sambil melayari internet dengan Lappy ku. Dah hampir tiga hari berturut-turut aku di Mc. Donald menghabiskan masa cuti ku. Coretan ini juga aku taipkan di Mc. Donald Bandar Perda sementara untuk menjemput Ibu mertuaku yang masih berada di rumah makcik ku di Bagan Jermal. Lima hari berlalu tanpa merasakan apa-apa dan esok aku akan kembali bertugas seperti biasa............  

No comments: