Ahhhhhhhg....lega rasanya apabila dapat meluahkan segala kegusaran yang ada didalam hati ini. Tak tahu kenapa apabila dalam usia yang meningkat ini perasaan mudah tersinggung dan terasa ,walaupun perkataan yang dikeluarkan itu tidak bermaksud apa-apa pada pandangan orang lain. Sekurang-kurangnya yang tersirat dan tersurat telah diluahkan bahawa aku bukanlah sejenis manusia yang suka bodek membodek atau ampu mengampu kerana aku adalah aku dan apa jua tugasan yang diberi dilakukan dengan sebaik mungkin untuk mendapat kepuasan diri sendiri. Sekarang apa yang diluahkan kepada orang yang dipercayai sekurang-kurangnya memahami siapa aku ini. Sesungguhnya aku tidak mampu menutup mulut orang untuk bercakap atau mengata. Terpulanganlah apa pandangan orang lain. Bagi ku yang pentingnya aku tahu apa yang aku lakukan adalah ikhlas dan bukan untuk mendapat nama......biarkanlah....................
No comments:
Post a Comment