Tuesday, June 22, 2010

LIFE : BELUM SAMPAI REZEKI LAGI......

Ada masanya kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Hari ini aku berada di Alor Star untuk satu tugasan Task force dengan rakan-rakan BDSR Alor Star. Tugasan untuk distribution Tpot check. Walaupun tugasan ini cukup memenatkan tetapi terselit juga satu kisah kehidupan yang menarik perhatian ku dari seorang pemuda yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga tetapi masih tidak mempunyai cahaya mata. Pemuda tersebut telah ditugaskan bersama ku untuk membuat pengedaran Tpot dikawasan Jitra. Seorang pemuda yang mempunyai watak pendiam tetapi mudah mesra setelah aku mengenalinya  secara dekat. Beliau menceritakan bagaimana kesengsaranya walaupun sudah dua tahun mendirikan rumah tangga tetapi terpaksa berjauhan dengan isteri tersayang yang sedang melanjutkan pelajaran di Kelantan. Keinginan untuk mendapat cahaya mata terpaksa dipendamkan kerana ianya salah satu syarat untuk melanjutkan pelajaran. Beliau menceritakan kesunyian yang dihadapi kerana terpaksa berjauhan dengan isteri demi untuk membentuk masa depan yang lebih baik.

Persoalan paling pokok yang  ditimbulkan adalah kesangsian orang disekeliling terhadapnya kerana bagi seorang lelaki yang sudah dua tahun berkhawin tetapi masih tidak mempunyai cahaya mata adalah satu pekara yang mencabar kewibawaan seorang lelaki. Hakikat yang sebenarnya bukan kepada tiada kemampuan kejantanan tetapi terpaksa mengikut syarat yang telah ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran. Beliau hanya mampu untuk tersenyum  apabila ditanya tentang cahaya mata tetapi hakikatnya kesengsaraan  disembunyikan didalam lubuk hati beliau. Hanya tinggal setahun lagi sahaja isterinya akan menamatkan pengajian dan aku hanya mampu untuk berkata bersabarlah. Beliau berkata lagi bahawa sejak akhir-akhir ini keinginan untuk menimang cahaya mata begitu kuat sekali kerana rakan-rakan sebaya yang sama-sama mendirikan rumahtangga sudah pun mempunyai cahaya mata. Aku hanya mampu untuk memberitahunya mungkin belum sampai rezeki lagi..............................

No comments: