Thursday, May 20, 2010

KEHIDUPAN : BERCINTA LAGI

Adalah menjadi lumrah hidup apabila remaja mula bercinta seawal umur akil baligh tetapi apakah ianya normal bagi seseorang yang berumur 40an jatuh cinta lagi?. Adakah ini merupakan suratan takdir. Agak susah untuk menjawab persoalan ini tetapi ianya berlaku pada manusia tanpa mengira latar belakang keturunan dan bangsa. Mengapa manusia ingin bercinta lagi, apakah masih ada kekurangan dalam perkhawinan mereka atau pun sudah jemu dengan layanan yang diterima walaupun sudah berumahtangga berbelas-belas tahun. Mengapa ini terjadi setelah sekian lama bersama dengan pasangan. Apakah kekurangan yang terdapat pada perkhawinan itu menjadi satu asbab untuk mencari yang lain atau satu asbab untuk bercinta lagi agar kekurangan pada pasangan pertama tadi dapat dipenuhi atau pun hanya untuk merubah rasa dari daun yang tua kepada pucuk yang muda.
Persoalan yang cukup complicated bagi orang yang tidak pernah melaluinya. Mungkin orang menganggap ianya satu perbuatan yang tidak wajar apatah lagi bagi mereka yang telah berumahtangga. Bagi mereka yang masih membujang atau duda tidaklah menjadi satu persoalan tetapi bagaimana pula apabila perasaan cinta itu datang dengan tiba-tiba kepada seorang perempuan yang pernah kita cintai walaupun umurnya melebihi dari umur isteri kita. Apakah kerana nafsu atau ingin memenuhi hajat yang sekian lama dipendamkan oleh cinta yang tidak kesampaian semasa muda duhulu apatah lagi orang yang ditunggu itu sudah berstatus janda. Walau pun pekara itu mustahil berlaku tetapi tidak mustahil disisi Allah Swt kalau itu sudah menjadi suratan takdir.
Seorang teman saya pernah memberi tahu saya bahawa" kita orang lelaki selalu lupa terhadap pengorbanan isteri, kita mencari alasan untuk berkhawin lagi atas dasar kekurangan yang kita rasa tidak dapat diberi oleh isteri kita lantas kita mencari yang lain. Walaupun kekurangan itu hanya 10% dari layanan 100% lantas kita mengejar yang 10% untuk memenuhi keinginan kita. Malangnya apabila kita berkhawin lagi baharulah kita sedar bahawa 10% yang kita kejar itu tidaklah seindah mana. Oleh kerana inginkan 10% lantas ditinggalkan 90% yang akhirnya kita menyesal..............................." Walau bagaimana pun ianya bergantung pada niat kita. Wallahualam.

No comments: