" Takik kayu Batin Jenang,
Hela Jengkal pada waris,
Tebus putus pada UNDANG,
Lantak Bertukul pada LEMBAGA"
Hela Jengkal pada waris,
Tebus putus pada UNDANG,
Lantak Bertukul pada LEMBAGA"
Perbilangan ini bermaksud bahawa bila ada peneroka yang datang nak buat kampung halaman , lebih dahulu minta kebenaran pada Dato' Batin dan Jenang, Batin akan menakik-nakik kayu di sekelilingnya dibuat sempadan kemudian orang-orang waris( Anak Buahnya) disuruh menghela tali pengukur kawasan yang sudah ditebang sementara Dato' Undang memberi kebenaran dan meminta pampasan meneroka tanah tersebut (cukai) dan akhirnya Dato' Lembaga akan memukul kayu lantak di empat penjuru sebagai batu sempadan.
1. YAM DATUK UNDANG LUAK JOHOL
2. DATO' BAGINDA TAN MAS
3 .DATO’-DATO LIMA ORANG BESAR BALAI
DATO’ JENANG
DATO’ GEMPO
DATO’ MENTERI
DATO’ BATIN
TOK PAWANG
4. DATO’ LEMBAGA YANG EMPAT
DATO’ BAGINDA RAJA
DATO’ RAJA BELANG
DATO’ANDIKA
DATO’ RAJA SENARA
5. BUAPAK YANG ENAM
DATO’ SERIBU GARANG
DATO’ NENGARANG
DATO’ PADUKA KEBANGSA
DATO’ SERUMPUN
DATO’ BAGINDA MELANA
DATO’ PADUKA JELELO
6. BUAPAK KPD DATO’ LEMBAGA
DATO’ SENARA PAHLAWAN [ SUKU MENTERI]
DATO’ MONTI [SUKU GEMPA]
DATO SERIBU GARANG [SUKU BIDUANDA JENANG]
DATO’ RAJA LELO [ SUKU SERI MELENGGANG]
DATO’ BAGINDA RAJA LELA [SUKU RAJA BELANG]
DATO’ SENARA KAYA [ SUKU BATU DAN TIGA NENEK]
DATO’ KANDA [ SUKU MUNGKAL]
TUA SUKU WARIS [TUA SUKU BIDUANDA]
4 comments:
wah....ramainya ketua,yr family suku apa....
My father under dato' lembaga yang empat under Dato' Andika. My suku base on my mother, suku Mungkal. Kalau u baca salasilah u akan dapati kerajaan undang luak johol lebih lama dari kerajaan yang dipertuan besar Negeri Sembilan itu sendiri. Bahkan lebih lama dari setengah kerajaan beraja ditanak melayu itu sendiri. Dua Dato; undang yang pertama dan kedua terdiri dari wanita.
i thought so when i read the tittle....but perempuan pun boleh jadi undang! very interesting.i thought orang lelaki aje..
Post a Comment