Tuesday, October 14, 2008

KEHIDUPAN : EKPRESS RAKYAT [ TRAIN ]

Departure from Butterwort Railway Station at 7.00 Am.

Simple breakfast Nescafe and Cheese Sandwich on board and cost me RM 5.00.


Enjoy breakfast in Restaurant coach

Watching movie all long the way to Kuala Lumpur.

Paddy field and kampungs.



View from the train window


Tasek Bukit Merah.



The best part ,the rail in the middle of the lake.
Part of the lake

Swampy area of the lake.


Bukit Berapit area.

view from the train window.


Taiping Railway Station



Padang Rengas area.


Stop at Ipoh Railway station at 10.30 Am.


KL Sentral Transportation hub for Kuala Lumpur.



Reach Kuala lumpur at 2.00 Pm. Please visit http://www.blogger.com/www.flickr.com/photos/ztsh2008 for more pics

Monday, October 13, 2008

KEHIDUPAN : HARI RAYA OPEN HOUSE 2008 KL







For more pics please visit www.flickr.com/photos/ztsh2008 TAG under OPEN HOUSE and SET under FRIEND.

Friday, October 10, 2008

KEHIDUPAN : NEGRO


Cukup lawak betul hari ini, sebelum masuk meeting dapat bersembang dengan rakan sejawat dikawasan merokok. Tak tahu kenapa tiba-tiba terkeluar perkataan negro dan niger. Cuba bertanya dengan John kalau-kalau dia tahu dari mana datangnya perkataan Negro tersebut. Dengan lancarnya John menerangkan perkataan Negro berasal dari new grow yang diberikan oleh satu kumpulan yang anti African. Mereka terdiri dari mereka yang berkulit putih yang merasa superior dan hanya mereka sahaja yang boleh memerintah bumi Amerika ketika itu. Apabila kumpulan tersebut diharamkan mereka menukar kepada niger.


Dalam diam-diam William mencelah, Zainal u belive him ke what he said., He just hasiau you loo. I just reply I don't know but it make a sense jugak, I told William. John mencelah dan kata to me, why not you check and surf the internet by typing " history of Negro". Saya baru melayari internet dan cuba menaip perkataan tersebut, malangnya tak jumpa.


Yusri keluar dan beri tahu meeting nak mula so our conversation terhenti dan boss just make the announcement that confirm JT will reporting to HQ on the 1nov2008. JT told us that he will try to delay untill 2009. Just wait for the latest news regarding his tranfer.




Thursday, October 9, 2008

KEHIDUPAN : KAWAN


Menerima sms dari rakan-rakan untuk memberitahu tentang rumah terbuka di Kuala Lumpur. Agak keberatan juga untuk pergi tetapi setelah difikirkan baik juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Bukan senang nak berjumpa sekali gus, sekurang-kurangnya dengan adanya maljis seumpama ini dapat juga berbual kisah lama dan bergelak ketawa sambil dapat melupakan hal-hal kerja buat sementara. Yang pentingnya kawan lama jangan dilupakan kerana ajal maut belum tentu dapat berjumpa pada tahun hadapan.


Bad talipon bercerita tentang kesihatannya yang mula merosot sejak kebelakangan ini dan bermacam -macam ubat yang nak ditelan katanya. Mengeluh juga katanya tetapi apa boleh buat dah ditakdirkan tiada sesiapa pun dapat mengelak. Beliau juga berkata sejak kebelakangan ini asyik ingat mati aje dan saya beritahu ingat mati itu bagus tetapi dah fikir ke amalan kita ini dah cukup untuk dibuat bekalan disana. Betul juga katanya, tunggu mati je tak jadi apa, yang penting apa persiapan untuk mati. Termenung juga dibuatnya.


Ajal maut ditangan Allah swt, kadang-kadang orang yang sakit tak mati-mati pun , lat-lat orang yang sihat tu mati dulu. Kadang-kadang orang yang sakit terlantar merana yang datang melawat tu temui ajal. Bukan kita tak pernah tengok peristiwa macam itu. Akhirnya saya kata dah sembahyang asar ke belum beliau menjawab belum, pergi sembahyang dulu lalu beliau berseloroh ada juga kawan macam ini yang mengingatkan kita tentang akhirat. Saya jawab apa gunanya kawan kalau tidak menasihati lantas beliau letak talipon. Pergi sembahyanglah tu......

Monday, October 6, 2008

KEHIDUPAN : BAWAL GORENG


Bangun agak awal hari ini untuk menyediakan nasi lemak untuk dibawa ke pejabat bagi menjamu rakan-rakan sepejabat. Kari ayam pekat bersama dengan sambal ayam goreng disertai dengan lemang yang dibawa oleh yus berserta dengan kuih muih. Alhamdulillah cukup,semuanya memuji terutama sambal ayam goreng, oleh itu pujian tersebut harus diberikan kepada isteri kerana beliaulah orang yang banyak membantu untuk menyediakan masakan tersebut. Thank and i luv u so much.


Setelah selesai, begitu banyak kerja yang harus diselesaikan hari ini. Bos telah pun mendesak agar chiller tracking diemailkan kepada Penang office tetapi masaalahnya orang yang handover kepada saya masih bercuti dan documentnya agak kelam kabut dan bercelaru terpaksa buat semula. Walaubagaimana pun kerja berjalan lancar dengan bantuan dari JT tetapi terpaksa duduk di Office hingga petang dan akan disambung semula esok kerana masih ada data-data yang tidak lengkap. Email pertama dihantar ditolak kerana tidak lengkap dan Jt advice to be continued tomorrow. Kerja gila kerana a person yang ditugaskan menjaga dan tracking chiller makan gaji buta.


John terpaksa adjust semula last month target agar semua salerep dapat extra RM500.00 special incentive setelah three months on the row hitting target dicampur pula dengan personel target kaya,kaya it mean everybody will get around one thousand plus extra. Thank to JT. Berita gembiranya pertukaran JT ditangguhkan kepada Jan 2009, semua salerep tepuk tangan lega kerana beliau faham dan sentiasa bertolak ansur dalam sale target. Win as a team and lose as a team.


Yusri pula kena sediakan sale target untuk oktober, so kena buat baik dengan budak ini tetapi sale target base on your average sale permonth maknanya dah tetap hanya ditambah dengan 6 ke 10 persen mengikut sale area coverage. Selepas pukul sebelas beliau keluar buat sale dan sambung waktu petang. Maka tinggallah saya, John dan JT. John mengadu lapar maka kami bertiga keluar makan tengahari untuk makan Bawal goreng.


Memandu dari pejabat kejuru lebih kurang 10 kilometer, sampai disana John beratur untuk buat pesanan malangnya ikan habis. Jadi memandu pula kekedai seterusnya lebih kurang tiga kilometer tetapi tutup dan akhirnya makan nasi kandar juga. JT bayar under entertaiment claims menjamu salerep. Balik pejabat sambung kerja.........


Sunday, October 5, 2008

KEHIDUPAN : RUMAH TERBUKA


Suasana hari raya masih dirasai lagi kerana sabtu dan ahad merupakan hari rumah terbuka bagi mereka yang telahpun pulang dari kampung halaman. Berbagai hidangan disediakan terutamanya sebelah utara mee kuah, rebus juga laksa merupakan hidangan utama pada hari ini. Baru sahaja pulang dari rumah jiran untuk rumah terbuka dengan hidangan mee rebus istimewa disertai dengan kuih muih moden dan tradisional. Masih lagi ada jemputan yang akan menyusur kemudiannya. Minta diri lebih awal kerana tetamu akan bertandang kerumah sebentar lagi.


Hidangan untuk tetamu telahpun disediakan lebih awal kerana untuk mengelakan kekalutan disaat terakhir. Isteri telah menyediakan hidangan mee kari dan sedikit kuih muih ala kadar. Dalam saat-saat keadaan ekonomi yang kurang mengalakan ini nampaknya suasana hari raya tidaklah begitu menyerlah seperti tahun-tahun yang lalu, mungkin berjimat cermat agaknya dan mungkin juga untuk mengelakan pembaziran yang tidak perlu.


yang pastinya baju raya dan baju melayu dua tahun lepas masih elok hanya anak-anak sahaja bertukar baju baru kerana dah menjadi tradisi. Anak pula telah meningkat remaja mula memilih pakaian sendiri yang berjenama begitu juga kasut, mau tak mau berbelanja jugalah. Untuk isteri terpulanglah kerana duit telah diberi awal untuk membuat persediaan.


Esok hari kerja,macam biasa kena jamu rakan -rakan pejabat untuk itu persediaan jamuan esok akan disediakan pada malam nanti. Hidangan yang disediakan ialah nasi lemak berlaukan kari ayam dan sambal ayam goreng. Disamping itu lengkong merah dan sedikit kuih muih yang dibeli dipasar tani. Simple dan ringkas.

Saturday, October 4, 2008

KEHIDUPAN : KUIH LAMA.

Kuih Maruku, kuih tradisi orang India dan menjadi satu juadah di hari raya. Kegemaran arwah ibu. Oleh kerana ianya juga merupakan kegemaran ayah maka setiap kali arwah menbuatnya tugas ayah ialah menekan dari acuan kedalam kuali yang berisi minyak panas. Digoreng garing berserta dengan daun kari untuk mendapatkan aroma yang istimewa.

Rempeyak kacang hijau, kuih yang wajib setiap kali hari raya. Tepung yang ditabur dengan kacang hijau. Ini juga merupakan kuih kegemaran ayah maka ayahlah pembantu ibu. Tolong goreng dan masukan dalam tin biskut. Sambil goreng sambil makan.


Biskut Makmur, agak moden sedikit. Tidak tahan bau minyak sapi.


Biskut Tat Nenas, kuih dibuat semasa kakak telah meningkat dewasa. Ketika itu ibu sudah mula kurang kedapur untuk membuat biskut raya. Dua orang kakak saya Noraini dan Norainon yang membuat semua kuih moden ini. Jam nenas dibuat sendiri. Tidak tahan lama dan mudah berkulat kerana biskutnya agak lembab.

Kuih Semperit kuih kegemaran arwah ibu, pembantu tetap arwah ibu yang rajin menolong ialah abang saya Abd. Wahab. Orang harapan ibu setiap kali menjelang hari raya. Pada masa itu kakak-kakak saya masih kecil .




Kuih Sepit, asalnya adalah kuih tradisi orang cina. Yang tidak tahan nya buat kuih ini kena duduk depan api yang kecil dan berjam-jam nak habiskan tepung yang dibancuh dengan santan. Ranggup dan lemak . Bermula dari sahur sampailah kepetang nak dapatkan satu tin biskut besar.





Kuih Putu Kacang kegemaran saya sekeluarga. Arwah ibu pasti buat kerana ramai yang memuji lembut dan ranggup. Kalau tidak pandai buat keras dan berderai. Dua minggu nak raya arwah ibu pasti jemur kacang hijau dan gula kemudian dihantar untuk dimesinkan agar menjadi tepung. Diadun kemudian ditekapkan didalam acuan kayu yang khas untuk putu. Sebaik siap ianya dijemur tengah panas selama beberapa hari . Yang tidak tahan kena tunggu agar tidak dimakan oleh burung.





Kuih Bahulu yang mengunakan telur itik sebagai bahan utama. Dipukul hingga kembang kemudian dicampur tepung dan gula. Dibakar diatas bara api sabut kelapa diatas dan dibawah. Acuan yang diperbuat dari tembaga.





Kuih Gunting, kuih yang paling leka makannya. Ranggup dan sedap semasa menonton tv. Lebih sedap dicampurkan dengan udang kering. Dipotong halus kemudian digoreng dengan minyak yang banyak.



KEHIDUPAN : HIDANGAN TRADISI HARI RAYA

Sepanjang perjalanan dari selatan hingga keurata, permandangan gerai-gerai yang dibina dikiri kanan bahu jalan menjual lemang yang dibakar panas-panas diatas bara api.Permandangan ini tidak terkecuali disebelah utara walaupunnya bukanlah makanan asal tempatan dikawasan tersebut. Saya dibesarkan dikawasan Selangor walaupun berasal dari Negeri Sembilan. Makanan ini berasal dari minangkabau dibawa bersama oleh orang orang minang yang mendarat di Negeri Sembilan. Makanan lebih sinnonim dengan orang negeri sehinggakan ianya menjadi usikan orang tempatan bahawa kalau tiada lemang tiada raya dan suami isteri sanggup bergaduh kalau hidangan lemang tidak dihidangkan atau tidak dibuat untuk hari tersebut.
Hidangan istimewa ini hanya dibuat khusus untuk hari tersebut walau bagaimana pun ianya telah dikomersialkan dan boleh didapati tiap-tiap hari terutamanya dikawasan persimpangan di kota Rembau Melaka disertai dengan rendang daging atau ayam kampung. Untuk mendapat lemang yang baik serta lemak ianya harus dibakar diatas bara api yang dikawal kepanasannya dan dibalik-balikkan setiap setengah jam agar ianya masak sama rata kemudian dihentak-hentakan buluh lemang agar ianya padat. Mengunakan santan pekat dan beras pulut yang baik mutunya.
Buluh yang digunakan haruslah buluh muda yang pelepahnya masih berpaut pada batang buluh ruasnya yang panjang dan tidak mudah retak. Manakala untuk pelapik pulut didalam buluh sebaik-baiknya adalah dari pucuk muda daun pisang hutan yang boleh diperolehi dikawasan hutan yang berhampiran kerana baunya yang harum dan tahan tidak mudah koyak. Dibakar selama empat hingga lima jam.
Ketupat nasi pula lebih popular dikalangan masyarakat disebelah Johor, Melaka, Selangor, Pahang dan Perak. Bekasnya dianyam dari daun kelapa muda dan memerlukan kemahiran untuk mengayamnya. Beras diisi separa penuh agar ianya akan padat sebaik sahaja ianya masak. Direbus selama lama hingga enam jam untuk memastkan ianya tahan selama beberapa hari dan air rebusan haruslah ditukar dua atau tiga kali untuk mendapatkan warna yang bersih.
Digantung setelah masak agar airnya dapat ditoskan dan kering. Ini membuatkan ianya tahan dan tidak lembap. Dimakan bersama kuah kacang yang istimewa. Untuk membuat kuah kacang yang baik. Kacang dimesin kasar kemudian direbus bersama air dan gula mengikut citarasa kemanisannya. Rebus sehingga empuk kemudian ditumis secara berasingan cabai kering yang dikisar dengan bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Untuk mendapatkan lebih enak kisar dengan udang kering. Ditumis hingga wangi dan dicurahkan didalam rebusan kacang tanah tadi lalu dimasak sehingga pekat. Masak hingga dua tiga jam agar kuah kacang tahan lama. Disamping itu ianya juga amat sesuai untuk dimakan dengan rendang daging atau ayam.

Ketupat palas berisikan pulut pula lebih popular dikalangan masyarakat utara. Pulutnya ditanak dahulu kemudian dibalut dengan daun palas lalu direbus dengan santan hingga kering dan berminyak. Kebiasaannya mengunakan pulut susu atau pulut biasa. Ada juga ditambah dengan kacang parang supaya lebih lemak. Dimakan bersama rendang, kuah kacang dan kari daging dan ayam.

Friday, October 3, 2008

KEHIDUPAN : BERHARI RAYA.


Inilah pertama kali saya dan keluarga berhari raya diTaman perumahan, kebiasaannya pada hari pertama selepas sahaja bersembahyang hari raya aidil fitri disurau, saya dan keluarga akan menziarahi keluarga mertua dan tengahari akan bertolak ke Negeri Sembilan. Tapi pada tahun ini saya hanya habiskan masa cuti ini dirumah sahaja. Hari pertama ziarah mertua lepas sembahyang zohor dan anak-anak telah pun dihantar lebih awal pada malam raya.


Saya hanya duduk sebentar dirumah mertua dan beredar balik kerana tidak sihat dan perut meragam pula. Saya balik kerumah dan terus berihat, berjanji dengan isteri dan anak-anak akan mengambil mereka selepas sembahyang isyak. Seperti biasa sms datang bertalu-talu untuk mengucapkan Selamat Hari Raya sebagai penganti kad yang biasa dilakukan pada zaman kanak-kanak dahulu.


Menerima sms dari puan Madia mengatakan mertuanya agak nazak dan beliau harus bergegas untuk menziarahi mertuanya di Johor dan keesokannya beliau memberitahu bahawa mertuanya telahpun meninggal dunia pada hari pertama hari raya. Dengan ini saya mengucapkan takziah pada beliau dan suami atas pemergian ibu mertua yang tercinta.


Hari ini merupakan hari ketiga buat rancangan untuk menziarahi kakak di Sik Kedah dan bercadang untuk bertolak selepas waktu asar. Rancangan seterusnya adalah untuk menziarahi kakak diManjung pada minggu hadapan.




Thursday, October 2, 2008

KEHIDUPAN : SYAWAL MENJELMA LAGI.


Satu Syawal menjelma lagi, kedengaran bunyi mercun dan pancutan bunga api bertalu-talu yang menyerikan suasana malam Syawal. Kanak-kanak berlari keriangan sambil bermain bunga api. Walaupun suasana beraya diTaman-taman perumahan tidaklah semeriah suasana dikampung tetapi tradisi kunjung mengunjung tetap juga terasa meriahnya. Penghuni kawasan perumahan agak sunyi juga kerana kebanyakanya balik kampung yang tinggal hanyalah penghuni yang kampung mereka adalah disekitar Kepala Batas.




Aktiviti mengunjung kerumah ahli-ahli jemaah surau bermula selepas isyak, kumpulan bertakbir dari rumah-kerumah diketuai oleh Haji Hamid. Walaupun inilah kali pertama aktiviti ini dilakukan sambutan agak mengalakan dan mungkin ramai yang tidak mengetahuinya lagi kerana ianya diberitahu pada malam akhir sembahyang terawih. Kumpulan ini telah mengunjung rumah saya, Rosdi, Ust. Yusof, Pak ak, Jalil, Ghafur dan diakhiri dirumah Haji Hamid. Dengan adanya aktiviti seumpama ini dapat merapatkan lagi siratulrahim diantara penghuni-penghuni dikawasan Taman Putra Bertam.




Kumpulan ini akan bergerak dengan lebih aktif lagi pada masa akan datang dengan mengumpul lebih banyak ahli-ahli jemaah untuk menyertai kumpulan takbir hari raya.