Photo ini diambil disepanjang jalan dari lampu isyarat simpang Berapit hingga ke lampu isyarat Masjid Kubang Semang. Kesesakan bertambah diwaktu petang kerana waktu orang tempatan pulang dari kerja. Sepanjang jalan ini merupakan Hot Sit bagi Parti Keadilan dan Barisan Nasional.
Melihat kepada nombor plet kereta kebanyakannya adalah orang luar yang datang untuk membantu kempen bagi kawasan Permatang Pauh. Sepanjang jalan ini seperti pesta dan kelihatan para peraih undi cuba menarik perhatian pemandu sambil memberi manifesto parti masing-masing.
Sesak, sesak , sesak dan kenderaan terpaksa bergerak perlahan kerana hari ini merupakan hari terakhir kempen.
Bendera parti bergantungan berselang seli dengan parti-parti yang bertanding.
1 comment:
i wish i was there,tak sabar nak tunggu result dia,yelah kalau bumbung rumah orangpun boleh terbang gara-gara dsai,mesti happenning punya kat sana
Post a Comment