Begitu cepat masa berjalan, apa yang dilakukan pada hari Isnin masih segar dalam ingatan. Apakah masa yang berjalan itu berlaku kerana kesibukan manusia itu sendiri atau memang apa yang ditakdirkan oleh Allah Swt bahawa pada akhir zaman seminggu bagaikan sehari dan sebulan bagaikan seminggu. Manusia sibuk mencari kekayaan dunia seolah olah manusia itu akan hidup lama dan kekal tetapi hakikatnya hidup dan mati itu sangat hampir dengan manusia. Walau bagaimana pun sekiranya kekayaan dunia itu dicari untuk dijadikan modal untuk berjaya diakhirat ia tetap menjadi manafaat, malangnya berapa ramai manusia yang mengunakan kekayaannya untuk kearah itu. Kekayaan manusia itu kebanyakannya membawa manusia kearah sifat bakhil dan tamak. Kekayaan yang pasti bukan milik yang kekal kerana apabila mati anak adam, apa jua harta kekayaan akan bertukar tangan dan menjadi milik orang lain pula. Apa yang lebih menakutkan apabila harta yang ditinggal menjadi bebanan kepada simati. Tidak salah menjadi kaya asalkan masih taat akan perintah Allah Swt dan menunaikan hak harta tersebut. Setiap nilai harta manusia ada hak-hak orang lain terutamanya orang miskin dan anak yatim piatu. Oleh itu berhati-hatilah wahai orang kaya kerana kamu juga akan mati pada satu masa nanti..............................
No comments:
Post a Comment