Honda Accord yang pernah dimiliki oleh abang saya Abu Bakar semasa berpangkat leftenen di TUDM Lumut.
Setelah berpindah ke Kuantan Lumut abang menukar pula ke Model Honda Accord yang latest Model pada ketika itu.
Nissan Sunny model yang pernah di miliki oleh Dua abang saya Abd, Wahab dan Ismail.
Yang seronoknya hari ini beli esok ayah nak reverse terlanggar batang pokok diBerek Polis Port Dickson. kemudian kereta tersebut di warisi oleh kakak saya Norainon yang dibeli oleh abang ipar saya Md. Noh.
Selepas kakak menjual Mini Morrisnya kakak saya Norainon beli pula Volksewgen milik bapa saudara saya di Johol.
Model ini pernah dipakai oleh kedua-dua abang saya yang berkongsi membeli kereta model Fiat 124. Warna biru tua dan kereta pertama berhawa dingin. Beli di Johor Bahru, Abang Wahab dan Abu Bakar.
Mazda 808 milik pertama abang sulung saya Alias. Beli baru dan harga dibawah Rm 8000 pada tahun 1974. Warna kuning. Ayah memberitahu semua ahli keluarga yang abang telah membeli kereta baru. Pernah ke Pulau Pinang dengan kereta tersebut.
Selepas ayah menjual kereta Mininya Kepada kakak, Ayah membeli kereta Toyota KE30 recond car yang dibeli di Port Dickson . Ayah pakai agak lama sehingga kereta tersebut mengalami kemalangan yang teruk. Akhirnya di jual dengan harga besi buruk sahaja kerana kos untuk membaikinya terlalu mahal. Teringgat bagaimana susahnya Ayah untuk mendapatkan kebenaran untuk membeli kereta tersebut kerana sebagai Polis kena istihar pendapatan dan Ayah terpaksa mendapatkan tandatangan dari abang-abang untuk menyatakan jumlah pendapatan yang dihantar oleh anak-anak.
Galant sigma milik kakak saya Norainon selepas menjual opelnya.
Alfasud pernah dimiliki oleh adik saya Faridah selepas berkhawin dengan adik ipar saya Ariffin yang tinggal di Johor Bahru.
BMW ini pernah dimiliki oleh abang sulung saya Alias. Beliau membelinya semasa bertugas di Milan Itali. Beliau bertugas di Atache Perdagangan di Kedutaan Malaysia di Itali.
Honda Accord Hacthback ini pernah saya miliki selepas saya menjual kereta Proton Iswara. Pada masa yang sama saya di beri sebuah van untuk kegunaan kerja dan peribadi oleh syarikat tempat saya bekerja. Walaupun secondhand tapi worth buying kerana tak pernah bagi problem.
Setelah tidak berpuas hati dengan Wajanya, abang wahab beli second car model Myvi untuk Kegunaan isterinya dan anak-anaknya. Kemudian abang menjual wajanyanya dan beli Honda City.
Kereta model yang saya miliki kini under company loan TOT.
Model ini pernah dimiliki oleh kakak saya Norainon dan abang Mail. Abang Mail pakai model ini sampai kini dan tinggal di Taman Malawati Ulu Kelang.
Proton Iswara yang pernah menjadi milik saya semasa bertugas di Ipoh Perak. Dijual kepada teman sekerja dengan harga Rm 24,000. dengan plat pendaftaran BEL7459.
Model perodua Kenari pernah di miliki oleh kakak saya Norainon kemudian dijual dan beli Kia Spectra.
Model Honda City VTEC miliki abang Wahab saya. Selepas menjual Wajanya.
Selepas dua kali engin wajanya diangkat, adik dan adik ipar mengambil keputusan untuk menjualnya dan membeli Hundyai Matrix berwarna hitam.
Kia Spectra model milik kakak saya dan abang ipar saya Md. Noh selepas menjual kenarinya.
Volvo yang dimiliki oleh abang saya yang dibeli di Korea Selatan, masih dalam simpan untuk kegunaan sebagai second car oleh abang saya Abu Bakar. Nak jual tak ada harga.
5 comments:
kereta hijau tu ke yang u pernah tumpangkan i balik ke hostel dulu,i thought the colour is light blue. anyway tahnk you for the ride ,tak penat kaki berjalan,maklumlah tak mampukan...
sebenarnya itu hanyalah modelnya bukan kereta ayahku. Kereta ayah ku berwarna kelabu dan berpintu empat. Sayangnya tiada gambar untuk dipostkan.
kereta mini dan volkswagen tu la yg ct cari2 selama ni..kan best kalau abah still simpan kereta-kereta tu..boleh ct pakai..
ct actually dah lama abah ct jual kereta tu. Apa yang pak tam ingat selepas guna kereta volk. tu abah ct beli kereta opel warna kuning. lama juga abah ct pakai sehinggalah abah ct tukar ke galant. pak tam masih ingat lagi anyway study hard.
kalau berminat Opel vectra B 1997. 1.8 auto sila call wan 013 677 7040
saya nak jual cepat.just nak beli yg lain.kereta di kl.
Post a Comment