Sebelum jualan dibuat briefing diberi oleh Exec. cara susunan dan atur kerja yang harus dilakukan oleh setiap Sale Rep. Jualan dan Promosi ini dibantu oleh En. Zainal Puteh. Walau bagaimana pun beliau ditugaskan menjaga bahagian Nescafe Tongkat Ali dan Ginseng. Target yang ditetapkan oleh Exec. ialah sebanyak 70 ctn dan kami yakin boleh dicapai memandangkan tempat yang diberi agak strategik iaitu pintu masuk kebahagian barang basah.
Kelihatan pelangan pasar mula membanjiri kawasan promosi kami dan kebanyaknya mencuba minuman Nescafe Tongkat Ali dan ginseng.
" Bang cuba satu cawan, dan kami membuat promosi hari ini dengan harga yang cukup istimewa, satu set hanya RM 10. Abang dapat satu pek Nescafe Tongkat Ali, Cukup Rasa 120gm, kiub mini ikan bilis dan percuma container, cukup murah dan hari ini sahaja. Kalau tak beli rugi" kata Encik Zainal Puteh.
Auntie, " Ini cukup Rasa sudah complete ma, ada bawang putih, garam, msg dan perasa ikan bilis tak payah susah-susah bubuh sahaja secukup rasa dah boleh makan. sedap ." kata Teoh Phaik Leong rakan sekerja.
" Mari,mari ini Nescafe Tongkat Ali bukan untuk lelaki sahaja, untuk perempuan juga boleh bagi tenaga dan melancarkan perjalanan darah." mari aso mari cuba kemudian beli satu set, murah.
Mansor merchandiser. " mari,mari kakak dan abang cuba ini Cukup Rasa senang dan mudah, lagi menyedapkan masakan. rugi tak cuba dan beli. murah hari ini sahaja." sambil diperhatikan oleh Exec.
Macam -macam cara untuk mempromosikan keluaran Nestles Product. Hanging panel untuk Nescafe Tongkat Ali. En. Kalimuthu Chin Heng Spiderman untuk Cukup Rasa, Wet Market sale Rep.
Macam biasa. lepas jualan yang agak memberangsangkan kita pergi makan tengahari di restoran nasi kandar. Jualan mencapai sasaran. melebihi dari Sungai Siput. 70 ctn Cukup Rasa dijual secara terus kepada pengguna. Pengerusi Pasar mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan beliau juga dilantik sebagai Ambasador untuk Cukup Rasa bagi kawasan Market Bagan Ajam. Semua pulang dengan senyuman selepas kenyang makan yang dibayar oleh my Exec.
No comments:
Post a Comment