Saturday, March 23, 2013

KEHIDUPAN : FITNAH AKHIR ZAMAN

 Sebahagian tanda-tanda akhir zaman adalah umat Islam akan dilanda fitnah yang datang dari kiri and kanan. Apakah manusia sudah mula hilang pertimbangan akal dalam menjalani kehidupan ini? Antara halal and haram tidak diambil kira lagi asalkan dapat meneruskan kehidupan yang semakin mencabar. Wang and kuasa dianggap pekara pokok dalam kehidupan, kehidupan beragama dibelakangkan dan keseronokan dunia menjadi ukuran ketenangan hidup sehinggakan manusia sanggup melakukan sesuatu yang terkeluar dari norma-norma kemanusian itu sendiri. Sebenarnya kehidupan ini hanyalah tipu daya sebagaimana yang di peringatkan oleh Allah swt dalam Al quran. Bagaimana syaitan menakut-nakut manusia dengan kehidupan yang susah, kebimbangan kekurangan harta, melarat dan berbagai-bagai muslihat dipertontonkan dihadapan mata manusia supaya terkeluar dari mengingati Allah Swt. Padahal kematian itu hanya sekelip mata perpindahan dari dunia fana kepada alam akhirat yang kekal. Setiap kematian orang lain merupakan aktibar bagi manusia lain bahawa kita akan pasti meyusul, benda yang pasti berlaku dan diakui oleh setiap manusia ciptaan Allah Swt.
 
Fitnah yang datang menyebabkan manusia itu terkeliru diantara benar and salah, sehingga benda yang salah dianggap benar dan begitulah sebaliknya. Dalam tempoh mendatang kita akan melihat sebagaimana fitnah-fitnah akan lebih besar lagi apabila manusia yang rakus kuasa akan menfitnahkan satu sama lain dalam mengekalkan kuasa. Mengakibatkan manusia yang kerdil seperti kita terkeliru dan terus terkeliru dengan fitnah-fitnah diantara yang benar dan yang salah. Hanya pada Allah Swt jualah tempat kembali dan pada firmannya dan sunnah Rasulullah Saw menjadi panduan walaupun bertentangan dengan keinginan hawa nafsu manusia. Ya Allah lindunglah kami dan Engkau jua yang boleh menjauhi fitnah ini dari diri ku yang daif.........Amin.

No comments: