Wednesday, June 30, 2010

LIFE : FOOD


When I was young, my father always reminded me not to complain about food because it was not a proper manner to critic or condemn the food specially when the food  was prepared and cooked by  mom for the whole family. Thanks to the God who give us a plenty of food to eat. In some places they are struggling to fill up their stomach and willing to do what ever things just to get some food for the day. Don't ever waste the food and should always feel guilty if you cannot finish it. Don't be too greedy specially the food that been served in buffet style. Just take an enough quantity of food that you can eat. My father always said " Eat more if you don't like the food and eat less if you like the food"
Now I know what it mean when I have my own family. Thank you Dad.

Saturday, June 26, 2010

LIFE : TAMBAH PENDAPATAN?

Setiap kali aku bertemu dengan rakan Nestle yang satu ini pasti aku akan ditanya bila lagi nak tambah pendapatan. Bagi ku tambah pendapatan itu bukanlah satu pekara yang penting bagi ku kerana aku mempunyai satu prinsip dimana aku hanya melakukan satu pekerjaan dalam satu masa. Aku menerangkan kepadanya bahawa tidak timbul persoalan cukup atau tidak cukup, bagi ku yang mencukupkan itu adalah datangnya dari rezeki Allah Swt. Ku terangkan lagi sekiranya aku ini benar-benar nak tambah pendapatan dengan melakukan kerja tambahan atau pun melalui mana-mana syarikat yang menjalankan Jualan Lansung sudah pasti aku melakukannya sejak dahulu lagi tetapi aku tidak berminat untuk menceburinya. Aku telah banyak mendengar keluhan-keluhan dari kawan-kawan yang menceburi bidang tersebut yang akhirnya menyesal walaupun tidak dizahirkan dengan kata-kata tetapi dari raut wajah tetap kelihatan kegusaran. Aku sentiasa mengucap syukur kerana tidak tertarik untuk menceburinya walaupun ditawarkan dengan janji-janji sumber kewangan yang setengahnya tidak masuk akal. Bagi ku itu hanyalah satu gimik untuk menarik perhatian orang ramai untuk menyertai mereka.

Walau bagaimana pun ada juga yang benar-benar berjaya ketahap pendapatan 5 angka tetapi persoalannya berapa lama ianya boleh bertahan? Bagi ku cukuplah pendapatan yang ada sekarang dan yakin bahawa rezeki itu tetap ada selagi maut tidak datang menjemput. Cukup atau tidak cukup bergantung kepada keberkatan dari Allah Swt. Banyak pun cukup , sedikit pun cukup. Bagi rakan-rakan yang menceburi Jualan Lansung, ku ucapkan selamat berjaya dan aku hanya menumpang bangga atas kegigihan dan kejayaan yang dikecapi tetapi beringatlah bahawa kesenangan tidak datang bergolek. Harta kekayaan itu perlu tetapi jangan sampai kita tenggelam dengan harta itu bak kata  perpatah " Sampan perlukan air tetapi jangan sampai air masuk kedalam sampan akibatnya akan tenggelam" bukan bersifat negatif tetapi fikir-fikirkanlah secara waras....

Tuesday, June 22, 2010

LIFE : BELUM SAMPAI REZEKI LAGI......

Ada masanya kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Hari ini aku berada di Alor Star untuk satu tugasan Task force dengan rakan-rakan BDSR Alor Star. Tugasan untuk distribution Tpot check. Walaupun tugasan ini cukup memenatkan tetapi terselit juga satu kisah kehidupan yang menarik perhatian ku dari seorang pemuda yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga tetapi masih tidak mempunyai cahaya mata. Pemuda tersebut telah ditugaskan bersama ku untuk membuat pengedaran Tpot dikawasan Jitra. Seorang pemuda yang mempunyai watak pendiam tetapi mudah mesra setelah aku mengenalinya  secara dekat. Beliau menceritakan bagaimana kesengsaranya walaupun sudah dua tahun mendirikan rumah tangga tetapi terpaksa berjauhan dengan isteri tersayang yang sedang melanjutkan pelajaran di Kelantan. Keinginan untuk mendapat cahaya mata terpaksa dipendamkan kerana ianya salah satu syarat untuk melanjutkan pelajaran. Beliau menceritakan kesunyian yang dihadapi kerana terpaksa berjauhan dengan isteri demi untuk membentuk masa depan yang lebih baik.

Persoalan paling pokok yang  ditimbulkan adalah kesangsian orang disekeliling terhadapnya kerana bagi seorang lelaki yang sudah dua tahun berkhawin tetapi masih tidak mempunyai cahaya mata adalah satu pekara yang mencabar kewibawaan seorang lelaki. Hakikat yang sebenarnya bukan kepada tiada kemampuan kejantanan tetapi terpaksa mengikut syarat yang telah ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran. Beliau hanya mampu untuk tersenyum  apabila ditanya tentang cahaya mata tetapi hakikatnya kesengsaraan  disembunyikan didalam lubuk hati beliau. Hanya tinggal setahun lagi sahaja isterinya akan menamatkan pengajian dan aku hanya mampu untuk berkata bersabarlah. Beliau berkata lagi bahawa sejak akhir-akhir ini keinginan untuk menimang cahaya mata begitu kuat sekali kerana rakan-rakan sebaya yang sama-sama mendirikan rumahtangga sudah pun mempunyai cahaya mata. Aku hanya mampu untuk memberitahunya mungkin belum sampai rezeki lagi..............................

Saturday, June 19, 2010

LIFE: BELAJAR

Terasa malu juga aku hari ini apabila berhadapan dengan seorang pakar grammar yang menyemak karangan aku hari ini. Dari raut wajahnya aku tahu bahawa aku telah melakukan banyak kesilapan terutamanya dalam sususan ayat yang bersangkutan dengan present tent, past tent dan continuous tent. Walau bagaimana pun markah akhir menunjukan aku berjaya memperolehi lebih dari 60%. Menurut pakar grammar yang menyemak karangan aku mengsyorkan  supaya lebih berhati-hati dalam memilih perkataan. Adakah aku terlalu tua untuk belajar?

Friday, June 18, 2010

LIFE : TABIAT TIGA KAUM............

Kadang-kadang geli hati melihat gelagat manusia. Apatah lagi bumi yang ku cintai  Malaysia terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Sudah dua hari berturut-turut aku ditugaskan untuk menjalankan jualan secara langsung di First Solar Kulim Hitech. Apa yang menariknya, aku melihat gelagat tiga bangsa yang besar di Malaysia Melayu,cina dan India. Tiga bangsa ini mempunyai tabiat yang berbeza dalam hal membeli barang. Sudah lama aku memerhatikan dan mengkaji dalam hal ini dan apa yang dapat aku simpulkan adalah Kaum melayu membeli bukan kerana ia mahukan benda tersebut tetapi terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja. Orang melayu tidak lokek dan suka berbelanja.

Manakala kaum cina pula sentiasa berhati- hati dalam membeli. Mereka akan membuat perbandingan harga dan membeli mengikut keperluan. Membeli setelah pasti harga yang dibayar itu berbaloi dengan barang yang ditawarkan. Kaum India pula akan berfikir banyak kali sebelum membeli dan suka tawar menawar sebelum beli tetapi belum pasti mereka akan membeli. Mereka akan bertanya banyak kali harga sebelum membayar sesuatu barang yang hendak dibelinya. Mereka ini adalah satu kaum yang cukup berkira dalam membeli satu-satu barang. Kesimpulannya dalam tiga bangsa ini orang melayulah yang paling mudah untuk dipengaruhi dalam soal berbelanja. Orang melayu sentiasa percaya bahawa mudah berbelanja dan murah rezeki...............................

Thursday, June 17, 2010

LIFE : BIARKANLAH................

Ahhhhhhhg....lega rasanya apabila dapat meluahkan segala kegusaran yang ada didalam hati ini. Tak tahu kenapa apabila dalam usia yang meningkat ini perasaan mudah tersinggung dan terasa ,walaupun perkataan yang dikeluarkan itu tidak bermaksud apa-apa pada pandangan orang lain. Sekurang-kurangnya yang tersirat dan tersurat telah diluahkan bahawa aku bukanlah sejenis manusia yang suka bodek membodek atau ampu mengampu kerana aku adalah aku dan apa jua tugasan yang diberi dilakukan dengan sebaik mungkin untuk mendapat kepuasan diri sendiri. Sekarang apa yang diluahkan kepada orang yang dipercayai sekurang-kurangnya memahami siapa aku ini. Sesungguhnya aku tidak mampu menutup mulut orang untuk bercakap atau mengata. Terpulanganlah apa pandangan orang lain. Bagi ku yang pentingnya aku tahu apa yang aku lakukan adalah ikhlas dan bukan untuk mendapat nama......biarkanlah....................

Monday, June 14, 2010

Saturday, June 5, 2010

LIFE : AGONG BIRTHDAY


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA. HAMBA DOAKAN AGAR TUANKU DIRAHMATI DAN PEMERINTAHAN TUANKU DIBAWAH LINDUNGAN ALLAH SWT. DAULAT TUANKU.