Saturday, June 26, 2010

LIFE : TAMBAH PENDAPATAN?

Setiap kali aku bertemu dengan rakan Nestle yang satu ini pasti aku akan ditanya bila lagi nak tambah pendapatan. Bagi ku tambah pendapatan itu bukanlah satu pekara yang penting bagi ku kerana aku mempunyai satu prinsip dimana aku hanya melakukan satu pekerjaan dalam satu masa. Aku menerangkan kepadanya bahawa tidak timbul persoalan cukup atau tidak cukup, bagi ku yang mencukupkan itu adalah datangnya dari rezeki Allah Swt. Ku terangkan lagi sekiranya aku ini benar-benar nak tambah pendapatan dengan melakukan kerja tambahan atau pun melalui mana-mana syarikat yang menjalankan Jualan Lansung sudah pasti aku melakukannya sejak dahulu lagi tetapi aku tidak berminat untuk menceburinya. Aku telah banyak mendengar keluhan-keluhan dari kawan-kawan yang menceburi bidang tersebut yang akhirnya menyesal walaupun tidak dizahirkan dengan kata-kata tetapi dari raut wajah tetap kelihatan kegusaran. Aku sentiasa mengucap syukur kerana tidak tertarik untuk menceburinya walaupun ditawarkan dengan janji-janji sumber kewangan yang setengahnya tidak masuk akal. Bagi ku itu hanyalah satu gimik untuk menarik perhatian orang ramai untuk menyertai mereka.

Walau bagaimana pun ada juga yang benar-benar berjaya ketahap pendapatan 5 angka tetapi persoalannya berapa lama ianya boleh bertahan? Bagi ku cukuplah pendapatan yang ada sekarang dan yakin bahawa rezeki itu tetap ada selagi maut tidak datang menjemput. Cukup atau tidak cukup bergantung kepada keberkatan dari Allah Swt. Banyak pun cukup , sedikit pun cukup. Bagi rakan-rakan yang menceburi Jualan Lansung, ku ucapkan selamat berjaya dan aku hanya menumpang bangga atas kegigihan dan kejayaan yang dikecapi tetapi beringatlah bahawa kesenangan tidak datang bergolek. Harta kekayaan itu perlu tetapi jangan sampai kita tenggelam dengan harta itu bak kata  perpatah " Sampan perlukan air tetapi jangan sampai air masuk kedalam sampan akibatnya akan tenggelam" bukan bersifat negatif tetapi fikir-fikirkanlah secara waras....

No comments: