Thursday, September 18, 2008

KEHIDUPAN : MALAYA CURRENCY BEFORE INDEPENDENT












KEHIDUPAN : HADISTH 19 [FADHILAT AMAL]


Hazrat Ibnu Abbas r. anhuma berkata bahawa sesungguhnya Rasullullah saw bersabda orang yang beri'tikaf bahawa dia terpelihara daripada daripada dosa-dosa, sedangkan dia akan diberi ganjaran amal-amal kebaikan seperti orang yang melakukan kesemua kebaikan itu.


Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian I'tikaf.

KEHIDUPAN : HADISTH 18 [FADHILAT AMAL]


Daripada Hazrat Abu Said al-Khudri r.a. beliau berkata bahawa sesungguhnya Rasullullah saw telah beri'tikaf pada sepuluh hari malam pertama dari Ramadhan dan kemudian sepuluh hari pertengahan didalam satu khemah dari Turki, kemudian Baginda telah menghulurkan kepalanya keluar lalu berkata," sesungguhnya aku beri'tikaf sepuluh hari pertama untuk mencari malam tersebut, kemudian aku beri'tikaf sepuluh hari pertengahan, lalu aku didatangi dan dikatakan kepadaku bahawa Lailatulqadar ialah didalam sepuluh hari terakhir. Sesiapa yang telah beri'tikaf bersamaku hendaklah dia beri'tikaf lagi pada sepuluh akhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan malam tersebut tetapi kemudian telah dilupakan. Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku telah bersujud didalam lecak pada pagi Lailatulqadar. Maka carilah kamu akan malam itu pada sepuluh malam yang terakhir dan carilah pada malam yang ganjil."


Hazrat Abu Said r.a berkata bahawa hujan telah turun pada malam tersebut dan masjid yang berbumbung daun tamar telah bocor. Kedua mataku telah nampak kesan lecak pada dahi Nabi saw.


untuk keterangan hadist rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian I'tikaf.

Wednesday, September 17, 2008

KEHIDUPAN : NESCAFE CLASSIC ADS.



KEHIDUPAN : HADISTH 17 [FADHILAT AMAL]


Hazrat Aishah r. anha berkata, " Ya Rasullullah! Beritahulah kepada saya sekiranya saya tahu malam manakah Lailatulqadar, apakah doa yang sepatutnya saya pohon?"Baginda saw bersabda, "Katakanlah"


"Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan maka ampunilah daku."



Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian Lailatulqadar.


KEHIDUPAN : NESTLE MALAYSIA SAMPLING UNIT

Nestle Breakfast cereal sampling unit.

Free sampling for clients, main task to promote Nestle products.

Maggi sampling team.


Sampling Tastylite m2mn with no msg.


Omega and Nestum sampling booth.

Tuesday, September 16, 2008

KEHIDUPAN : HADISTH 16 [FADHILAT AMAL]


Hazrat ubadah Bin Samit r.a. telah bertanya kepada Nabi saw tentang Lailatulqadar, lalu Baginda bersabda, " Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuloh malam yang akhir. Sesungguhnya Lailatulqadar berlaku pada malam -malam yang ganjil. Pada malam ke21,23,25,27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang bangun pada malam-malam itu dengan iman dan niat untuk mendapat ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan. Antara tanda-tanda Lailatulqadar ialah keadaan terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, tidaklah terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sedang bermancar [kerana banyak nur kerohanian]. Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga kepagi. Antara tanda-tanda Lailatulqadar lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit dalam bentuk yang bersinar kuat. Matahari terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah swt telah mengharamkan syaitan keluar bersama matahari pada hari itu [sebaliknya pada hari-hari lain syaitan akan muncul ditempat matahari terbit].


Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian Lailatulqadar.

Monday, September 15, 2008

KEHIDUPAN : HADISTH 15 [FADHILAT AMAL]


Daripada Hazrat Ubadah Bin Samit r.a. beliau berkata Rasullullah saw keluar [dari rumahnya] untuk memberitahu kami tentang Lailatulqadar, ketika itu ada dua orang lelaki daripada orang Islam sedang bergaduh, maka Baginda bersabda, " Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatulqadar, tetapi sipolan dan sipolan sedang bergaduh, oleh itu penentuan Lailatulqadar telah diangkat. Mudah-mudahan itu lebih baik bagi kamu. Maka carilah Lailatulqadar pada malam ke9,ke7 dan ke5,".
Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian Lailatulqadar.

KEHIDUPAN : WINDOW SHOPPING 2

Central entrance of the Shopping Complex.

Baby in the Shopping Trolley Cart.


Window shopping.

mashpotato my baby favourite food in KFC.

Sunday, September 14, 2008

KEHIDUPAN : WINDOW SHOPPING

Latest shopping complex open in my Town. The shopping complex known as Seberang Prai City under Jusco Brand. There are three main entrances that divided into three section. North, central and south. Open to the public on the August 2008. Situated at Bandar Perda, Bukit Mertajam.So we have four shopping complexs in Seberang Prai. The summit in Bukit Mertajam cater more to foreigner specially those who came from Indonesia, myammar, vietnam and Bangladesh, The Pinang Megamall in Prai and The Sunway Carnival in Seberang Jaya.


We also have four major hypermarkets , Jusco, Giant, Econsave, Carrefour and latest add to the list Tesco Extra will be opened in September 2008.
Amble parking lots and almost full every weekend. The Shopping mall having a Merdeka sale and what i can see that most of the clients are taking this opportunities to buy goods for the Aidil Fitri celebration.



Makan dulu, actually this photo taken before Ramadhan month. KFC fastfood chain always my little girl favourite restaurant.


Ronda-ronda, it to big to complete and it only the 1 phase open to the public. It is divided into three section north, central and south.

Take a rest for a while after ronda-ronda.

Macam biasalah, every window shopping will end up with buying something that u never plan. Anyway Hari Raya Aidil Fitri just around the corner so we decided to buy a dress for the kids to avoid last minute shopping during Ramadhan month. As usual my baby will sit in the trolley cart, so that her mom can enjoy window shopping peacefully.

Very simple interior and not to congested. More to family oriented shopping mall.

KEHIDUPAN : HADISTH 14 [FADHILAT AMAL]


Daripada Hazrat Aishah r. anha beliau berkata bahawa Rasullullah saw bersabda," Carilah lailatulqadar pada bilangan hari yang ganjil dari sepuluh malam terakhir daripada Ramadhan."


Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian Lailatulqadar.

Saturday, September 13, 2008

KEHIDUPAN : KAMALOGDE TAIPING

Reception Building,Kamallogde terletak berhampiran dengan Taman Tasik Taiping dan dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau. Pn. Normadiah dan anak-anak menginap disini sebelum pulang Ke Kuala Lumpur.

Chalets dan children swiming pool.


Room Deluxe rate RM 160.00 nett.

KEHIDUPAN : ZIARAH PN. SALWANA

Rakan-rakan dari Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur telah membuat satu pertemuan diRumah Allahyarham Fadzil diKuala Kangsar untuk menziarahi Puan Salwana.

Dari kiri Siti Mariam, Normadiah, Faridah, Salwana, Kintan, Fardina dan Mai serta anak-anak mereka.


Dari kiri Shukor, Rahim, Zul dan saya.

KEHIDUPAN : HADISTH 13 [FADHILAT AMAL]


Daripada Hazrat Anas r.a beliau berkata bahawa Rasullullah saw bersabda, " Apabila tiba Lailatulqadar, turunlah Jibrail a.s. bersama satu kumpulan malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba Allah yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah swt dan apabila tiba hari raya, iaitu Aidil Fitri maka Allah swt akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikatnya. Dia akan berfirman, " Wahai malaikat Ku! Apakah balasan seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?," Mereka berkata, " Wahai Tuhanku, balasanya ialah disempurnakan ganjarannya. " Allah berkata lagi, "Wahai malaikatku, hamba-hambaku lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan perintahku keatas mereka, kemudian mereka keluar sambil melaungkan doa, demi kemulian dan kehebatanku pasti Aku menerima doa-doa mereka, kemudian Allah berfirman, "Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah ku tukarkan segala keburukan kamu kepada kebaikan," Nabi saw bersabda, "Lalu mereka pun pulang dalam keadaan terampun."
Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian Lailatulqadar.

Friday, September 12, 2008

KEHIDUPAN : HADISTH 12 [FADHILAT AMAL]


Hazrat Anas r.a. berkata," Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasullullah saw bersabda, " Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu, Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikan kecuali dia yang benar-benar rugi."


Untak keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian Lailatul Qadar.