Friday, June 13, 2008

KEHIDUPAN : KEDAI RUNCIT NURHIKMAH.

Agak menarik hari in apabila saya bertemu dengan seorang pelangan dikawasan Teluk Air Tawar. Hanya dua pintu kedai sahaja, satu berniaga kedai makan dan sebelahnya adalah kedai runcit. Setelah selesai mengambil pesanan datang seorang lelaki dari kedai makan sebelah lalu bercakap dengan kakak kedai runcit tadi supaya membuat pesanan makanan kerana beliau akan tutup untuk sembahyang jumaat.

"Setiap hari tuan punya kedai makan akan menyimpan baki lauk pauk untuk saya", kata kakak kedai runcit. "Ia seorang duda", kata kakak lagi. Nampaknya mereka berdua agak mesra. Kakak kata lagi bahawa" lelaki tersebut adalah bekas suaminya." Ini memeranjatkan saya kerana tak terfikir lansung bahawa mereka begitu baik seolah olah tiada apa-apa pekara yang berlaku diantara mereka.

Lantas saya bertanya dengan sopan dan meminta maaf kalau-kalau pertanyaan saya akan meyinggung perasaan kakak," tak kakak menjawab". Setelah begitu lama berkawan semula kakak tak terasa nak merujuk balik ke?" Tak pula dan begitu juga tuan kedai sebelah" jawab kakak tadi. Ramai pelangan beliau bertanya begitu juga.

Beliau menjawab lagi bahawa dah ditakdirkan dan beliau merasa selesa dalam keadaan begini kerana bebas dan tak perlu minta izin kepada sesiapa untuk bergerak kemana-mana. Beliau menjawab lagi lebih baik beliau berkawan baik sahaja kerana ada hikmahnya

Lalu saya pun diam dan minta izin untuk beredar kerana waktu sembahyang jumaat telah hampir. Saya meninggalkan kedai tersebut dengan penuh tanda tanya. Apabila saya menoleh kepapan tanda kedai runcit tersebut tertulis perkataan Kedai Runcit Nurhikmah. Mungkin ada hikmahnya apabila mereka tidak bersatu kembali.

Thursday, June 12, 2008

KEHIDUPAN : UJIAN HIDUP.

Semenjak kenaikan bahanapi secara mendadak, tidak pernah manusia terfikir apa yang berlaku ini adalah kehendak Allah Swt. Apa yang berlaku ini adalah merupakan satu ujian bagi manusia. Ujian ini juga merujuk kepada dua golongan manusia.

Golongan pertama, bagi orang yang beriman pula ia merupakan satu tahap peningkatan keimanan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang dianggap kecil disisi Allah Swt.

Golongan kedua pula bagi orang yang beriman tetapi ingkar dengan perintah Allah Swt, ia merupakan satu azab dari Allah Swt.

Apabila berlaku ujian seumpama ini kita sepatutnya bertambah kuat iman dan yakin kita kepada Allah Swt kerana ia merupakan Qadaq dan Qadar yang telah ditentukan. Mari kita merenung sejenak disebalik hikmahnya kenaikan tersebut tersembunyi elemen-elemen positif yang Allah Swt ingin berikan kepada manusia ini.

1. Apabila barang keperluan harian seperti beras,tepung, gula, minyak dan bahan mentah seperti ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran mengalami kenaikan harga yang melambung tinggi. Hikmahnya ialah Allah Swt mahu manusia ini kurangkan makan kerana makanan yang berlebihan mendatangkan kesan yang buruk untuk kesihatan manusia. Seperti mana sunnah Nabi Saw, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Manusia makan apabila perlu maka secara tak langsung permintaan terhadap barang-barang yang disebut diatas akan berkurangan. Disamping itu kesihatan manusia akan bertambah baik kerana punca penyakit adalah makanan yang diambil berlebihan. Perut merupakan punca segala penyakit.

2. Apabila harga petrol naik hikmahnya Allah Swt mahu manusia kurangkan mengunakan kenderaan kerana karbon dioksida yang dilepaskan dari ekzos kereta adalah beracun dan memudaratkan kehidupan. Allah Swt mahu manusia berkongsi kereta disamping dapat menjimatkan ia juga dapat mengeratkan siratulrahim sesama manusia.

3. Apabila sesuatu perkhidmatan memerlukan pembayaran, Allah Swt mahukan manusia sentiasa tolong menolong diantara satu sama lain dan melakukan sesuatu kerja tanpa meminta bayaran secara gotong royong. Ini akan meningkatkan ukhwah sesama manusia disatu-satu kawasan.

walaupun apa yang terjadi, ini merupakan satu ujian dan terpulanglah kepada kita digolong didalam golongan mana. Disebalik kesenangan tersembunyi kesusahan dan disebalik kesusahan tersembunyi kesenangan. Sesungguhnya Allah Swt jua yang Maha Mengetahui. Dari Allah Swt kita datang kepada Allah Swt jua akan kita kembali.

Wednesday, June 11, 2008

KEHIDUPAN : KESAN KENAIKAN MINYAK

Sehari selepas pengumuman kenaikan harga bahanapi utama petrol dan diesel,penguasa bas sekolah juga mengumumkan kenaikan tambang bas sekolah kerana tidak dapat menampung kenaikan kos pengendalian. Kenaikan tersebut telah dijangkakan kerana ia mempunyai kaitan secara langsung.

Bahkan pengusaha kantin sekolah juga turut menaikan harga makanan disekolah kerana tidak dapat lagi menanggung kenaikan harga bahan-bahan makanan. Ini bermakna ibubapa terpaksa memberi wang saku yang lebih untuk anak-anak yang bersekolah.

Selepas dikejutkan dengan kenaikan harga petrol yang mendadak, pengguna terpaksa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup pula.Kenaikan tersebut seolah olah tidak dapat dikawal oleh kerajaan. Mangsanya adalah golongan pertengahan dan bawahan. Belanja bulanan yang telah diatur terpaksa dirombak kerana digunakan untuk menampung kenaikan tersebut. Ini bermakna wang yang sepatutnya untuk disimpan terpaksa digunakan.

Jadual kehidupan terpaksa diatur agar pendapatan yang diperolehi dapat menampung belanja untuk sebulan. Setiap sen yang dibelanjakan terpaksa diambil kira tentang keperluannya serta perbelanjaan yang dianggap tidak wajar dihentikan. Keluar dihujung minggu juga dikurangkan agar dapat menjimatkan wang.

Penggunaan kenderaan akan dirancang agar penggunaan petrol boleh dijimatkan sebanyak yang mungkin. Kesannya akan lebih terasa lagi apabila kerajaan juga turut mengumumkan kenaikan tarif elekterik bermula pada July ini.

Bak kata lagu SM Salim apa nak jadi............

Tuesday, June 10, 2008

KEHIDUPAN : SIRI TV POPULAR TAHUN 70AN.

Kojak, ciri yang sangat popular dan menjadi ikutan anak muda pada ketika itu dengan beridentitikan berkepala botak dan mengulum gula-gula lolipop.



Cerita peperangan antara Jerman dan Amerika. Dilakoni oleh Vic Morro yang menceritakan keadaan peperangan dunia kedua. Ia merupakan satu propaganda pihak Amerika yang memperlihatkan kehebatan askar Amerika menentang musuh. Kemenangan sentiasa menyebelahi Amerika. Jerman selalu digambarkan dengan kekalahan.


Siri keluarga yang cukup memyayatkan hati dengan gelagat dua anak perempuan dan seorang anak lelaki. Ia mengambarkan penghijrahan kaum pendatang untuk mencari kehidupan baru dan berakhir dikawasan yang lapang dikenali dengan Prairie.


Anak gadis yang berlari menjadi terma pembukaan siri tersebut.


Siri penyiasatan yang terkenal yang dilakonkan oleh Jack Lord. Lagu termanya sangat popular dan masih lagi dimainkan lagu termanya termasuk menjadi irama deringan pada Handphone.




Hero dalam Hawaii Five o.


Cerita seorang major yang mengalami kemalangan. Mata dan anggota tangan serta kaki adalah bionic yang memberi kekuatan untuk berlari pantas serta dapat melihat pandangan jauh dengan mata bionicnya.


Hero Six Million Dollar Man dilakonkan oleh Lee Major.


Turutan dari siri Six Million Dollar Man. Kali ini perempuan yang mempunyai kekuatan dengar pendengaran yang jelas dari jarak jauh disamping kekuatan tangan dan kaki.

Monday, June 9, 2008

KEHIDUPAN : PLANET OF THE APES (1974)

Planet Of The Apes merupakan cerita bersiri keluaran tahun 1974. Menceritakan kesah pelayaran kapal angkasa yang tersesat dan memasuki satu planet yang dikuasa oleh beruk. Semua manusia dijadikan sebagai hamba abdi dan hidup sentiasa didalam buruan.




Watak Hero yang cuba mengembalikan tamadun manusia yang dicengkam oleh beruk-beruk yang bertamadum dan memiliki teknologi yang canggih pada masa itu.


Watak yang masih saya ingati ialah kumpulan tentera yang diketuai oleh Jenderal Urko. Jenderal yang memburu dan menyeksa manusia.


Disamping itu terdapat juga watak baik dari saintis yang cuba menolong manusia. Cerita ini memberi kenangan kepada saya . Ia ditayangkan di Telivision dan merupakan cerita bersiri.
walau bagaimana pun ia merupakan satu-satu cerita yang agak popular dan ditonton oleh rakyat Malaysia ketika itu. ketika itu saya masih bersekolah dalam darjah 6.

Sunday, June 8, 2008

KEHIDUPAN : MONKEY BUSINESS

Chairman tengah sibuk buat kerja untuk sediakan paperwork untuk dibentangkan pada mesyuarat shareholders.


Chairman tengah buat suprise check diKolej.


LUCKNOW: Dia sebenarnya seekor monyet, tuhan dan kini dilantik sebagai pengerusi kolej perniagaan. Hanuman, dewa monyet Hindu yang dianggap mempunyai kekuatan dan keberanian, dinamakan sebagai pengerusi rasmi Kolej Teknologi dan Pengurusan Sardar Bhagat Singh di utara India, kata seorang pegawai institusi itu semalam. Jawatan itu bagaimanapun datang bersama aroma apabila pejabat dipenuhi bau kemenyan, meja dan komputer riba. Empat kerusi akan diletakkan berdepan kerusi kosong yang dikhaskan untuk pengerusi suci itu, namun semua pelawat yang memasuki pejabat itu perlu berkaki ayam, kata Vivek Kangdi, Naib Pengerusi kolej itu. “Menjadi kepercayaan kami, pekerjaan yang mendapat restu dewa Hanuman akan mencapai kejayaan,” “Penganut Hindu tahu bahawa Hanuman boleh mengangkat gunung dan menyeberangi lautan, tetapi teks lama tidak menyebut mengenai tuah dalam perniagaan. Tidak mengapa,. “Apabila kami mencari pengerusi untuk institusi kami, kami mengimbas ramai nama besar dalam bidang teknologi dan pengurusan. Akhirnya, kami memutuskan Dewa Hanuman, kerana tiada siapa lebih berkuasa. kata kangdi.



Petikan dari Berita Harian 7Jun2008 Bahagian Berita Luar Negara.


Monyet lebih dipecayai dari manusia kerana tak tahu complain dan tak perlu bayar elaun serta elaun petrol.Secara tak lansung mengingatkan saya cerita yang agak famous iaitu The Planet Of Apes. Beruk-beruk menguasai manusia.


Saturday, June 7, 2008

KEHIDUPAN : APA MEREKA KATA.

Admitting that the Ministry had assured consumers recently that there would be no increasa in fuel prices at least until August, Shahrir explained that the goverment could no longer delay the decision.

Datuk Shahrir Abdul Samad
Domestic Trade And Consumer Affairs Minister.

My comment, cakap tak serupa bikin.



Semua orang bercakap pasal harga minyak naik tapi tak tahu yang kos pengaliaan dan mencari tempat baru telah meningkat sekali ganda.

Pengerusi Petronas.

My comment, tak sebut pula berapa keuntungan yang telah dikaut dan dimana dilaburkan.

Kata-kata ulama, tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan simiskin. Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan. Sessi berphoto selepas mesyuarat MT di Shah Alam. Semua tersenyum selepas mengumumkan kenaikan harga minyak 4jun 2006.

My comment, adakah mereka ini akan merasa kesannya kenaikan seperti mana terjejasnya golongan pertengahan dan rendah. Siapa peduli.



Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kepada pertumbuhan segera dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

DS Anwar Ibrahim.

My comment, jangan tunggu lama-lama.


Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 dan selebihnya 250,000 tong dieskpot yang memberi pulangan RM27 juta tetapi Petronas untung lebih RM70 billion yang kesemuanya milik kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang.

Tun Dr. Mahathir.

My comment, dia tahulah lubang-lubang Petronas kerana ia dulupun pakai duit Petronas semasa menjadi Perdana Menteri.


Raising fuel prices and electricity was not something that the goverment liked to do but it had bite the bullet now to prepare for the long term benefit of the nation.

Pak Lah.

My comment, Yes we cannot avoid but we can control it for the benefit ot the nation.


Ubah cara hidup................

Pak Najib

My comment, dia boleh buat ke dari kecil dah mewah.



Thursday, June 5, 2008

KEHIDUPAN : SIAPA YANG BETUL.


Beliau berkata hujah kerajaan bahawa kenaikan tersebut akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi sebagai "alasan basi" dan tidak dapat diterima rakyat.Bukan setakat itu sahaja, kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak, banyak menimbulkan persoalan. Datuk Shahrir Samad baru-baru ini ngatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion. "Apatah lagi menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru itu kami menganggarkan bahawa jumlah petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion. Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pula menggesa duit sebanyak RM13.7 bilion hasil penjimatan bagi mengurangkan beban kos sara hidup pengguna.Gabungan itu mencadangkan kerajaan meningkatkan khidmat pengangkutan awam dan menyelaraskan kadar perkhidmatan lain .

Sila rujuk rajah diatas senarai harga petrol dinegara yang mempunyai hasil minyak dibumi mereka. Dimanakah letaknya tanggungjawab sosial Petronas dan kerajaan.
Petikan dari Malaysiakini edisi Bahasa Malaysia.
Dibawah tajuk- AZIZAH , RAAKYAT TERTIPU ISU MINYAK.

Wednesday, June 4, 2008

KEHIDUPAN : PETROL NAIK LAGI.




Agak memeranjatkan apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahanapi dengan agak drastik. Seperti biasa kerajaan memberi alasan meningkatnya harga minyak mentah dipasaran dunia yang mencecah 135 dollar us perbarrel, dengan kenaikan tersebut kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak yang meningkat dengan anggaran 50 billion Ringgit Malaysia.
Harga sekarang adalah RM 1.92 perliter meningkat kepada RM 2.70 perliter dengan kenaikan sebanyak RM 0.68 cent perliter. Perningkatan harga ini akan mengakibatkan kenaikan kos pengangkutan dan kenaikan harga barang-barang keperluan harian. Ini bermakna raakyat Malaysia terpaksa mengeluarkan perbelajaan yang lebih untuk menampung kenaikan kos sara hidup yang masa ini meningkat dari hari kehari.
Kenaikan ini akan memberi kesan secara lansung kepada saya yang menggunakan kereta untuk berkerja. Perbelanjaan untuk keperluan harian terpaksa dikurangkan untuk menampung perbezaan yang harus dibayar untuk harga petrol. Pada masa ini saya harus membayar RM65.00 untuk memenuhkan tangki Proton Wira sekitar 34 liter tetapi dengan kenaikan tersebut saya terpaksa membayar RM 91.80, peningkatan sebanyak RM26.80.
Dalam sebulan saya mengisi petrol dengan anggaran sebanyak 8 kali dengan kos penggunaan sebanyak RM520.00 dengan harga baru kosnya meningkat kepada RM734.40 perbezaan sebanyak RM214.40. Dengan pendapatan purata sebanyak RM4000.00 sebulan, ini bermakna 18% dari pendapatan digunakan untuk menbayar harga petrol.
Saya dapat membayangkan kenaikan yang akan diikuti ialah kenaikan tambang bas sekolah dan keperluan barang dapur. Setelah ditolak dengan semua perbelanjaan yang wajib dijelaskan maka tiada wang yang lebih untuk menabung dalam erti lain untuk simpanan.
Selain dari itu kerajaan juga telah mengumumkan kenaikan tarif elekterik yang berkuatkuasa July ini. Yang menjadi persoalannya sekarang kerajaan tidak pula mengumumkan keuntungan yang bakal dinikmati oleh Petronas akibat dari peningkatan jualan minyak mentah dipasaran dunia.
Walaupun Malaysia tidak disenaraikan pengeluar minyak yang besar tetapi minyak yang diperolehi haruslah dinikmati oleh raakyat Malaysia itu sendiri. Adalah tidak adil jika dibandingkan dengan negara Singapura dan Thailand yang memang negara yang mengimpot minyak.
Namun begitu kita harus ingat diThailand kebanyaknya lebuhrayanya tidak bertol dan cukai jalan dan lain-lain agak rendah jika dibandingkan negara kita. Kalau penyeludupan menjadi satu alasan saya bersetuju dengan setengah pendapat ahli politik dikenakan levi setiap kenderaan yang masuki Malaysia melalui sempadan Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia diSarawak.
Sepatutnya dalam keadaan begini sebahagian keuntungan Petronas haruslah diagihkan kepada raakyat Malaysia dan projek-projek yang dibiayai oleh Petronas yang tidak mendatangkan keuntungan dan faedah raakyat Malaysia harus dihentikan agar pembaziran tidak berlaku. Tiada gunanya pembangunan yang gah tetapi kebanyakan golongan raakyat diMalaysia terpaksa bergelut dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.
Kebanyakannya golongan yang menerima kesan kenaikan ini adalah dari golongan pertengahan dan rendah manakala golongan yang kaya pula tidak memberi apa-apa impak kepada mereka. Apakah para Menteri dan ahli-ahli Politik yang kaya akan merasa keperitan ini. Bagi mereka setiap kali mereka bergerak kenderaan mewah mereka telahpun diisi penuh yang dibayari oleh pembayar cukai seperti saya.
Saya menjangkakan kenaikan petrol akan meningkat lagi apabila subsidi sepenuhnya akan ditarik balik. Apakah saya mempunyai pilihan? Pilihan yang ada kurangkan bergerak dengan kenderaan sendiri dan perbelanjaan yang tidak perlu. Bagaimana? Pada masa yang sama kos sara hidup meningkat. Tiada jawapan.

Tuesday, June 3, 2008

KEHIDUPAN : TAIPING ZOO & NIGHT SAFARI














































Photos taken by Zainal Dato Andika Hj. Talib on 2 June 2008. Please write anything that you want to know about Taiping and places to visit etc. under my comment coloum. Happy viewing.








KEHIDUPAN : TAIPING PERAK MUSEUM






















Photos are taken by Zainal Dato Andika Hj. Talib on 2 June 2008.