Saturday, May 17, 2008

KEHIDUPAN : ASOBIAH DALAM ISLAM

Kuliah subuh disurau Muttaqqin Bandar Putra Bertam yang sepatutnya disampaikan oleh Ust. Johari tidak hadir, lantas para jemaah menyuruh Prof. Madya Dr. Roslan selaku pengerusi surau untuk menyampaikan taskirah beliau yang menarik perhatian saya. Beliau membincangkan bagaimana kemunduran orang Islam apabila mereka ini mempunyai sifat absobiah dalam menjalani urusan agama.


Sebagaimana yang kita tahu bahawa Allah SWT telah menghantar utusan beliau iaitu Nabi Muhammad SAW untuk rahmat seluruh alam. Kalau kita mengkaji semula sejarah Islam dizaman Nabi SAW kita dapati para sahabat itu adalah dikalangan berbilang bangsa dan kaum dari berbagai negara disekitar negara Arab.


Oleh itu sesiapa juga ,apa jua bangsanya atau keturunannya apabila ia memegang panji-panji Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi SAW maka kita akan mengikutinya. Tetapi malangnya hari ini apabila Islam itu diabsobiahkan mengikut bangsa maka disitulah berlakunya kemunduran orang Islam itu sendiri. Padahal Islam itu adalah untuk semua bangsa dan kaum.


Apabila sistem Islam itu diikuti sebagaimana yang dibawa oleh Nabi SAW kita maka semua kaum atau bangsa mempunyai hak dibawah undang-undang Islam. Walaupun sesuatu kaum atau bangsa itu tidak memeluk agama Islam tetapi dia akan dilindungi. Bersesuaian dengan Islam itu adalah untuk rahmat seluruh alam.


Masaalahnya sekarang apabila Islam itu dimelayukan dan pandangan kaum lain melihat bahawa melayu itulah Islam kerana akhlak dan tingkah laku Melayu itu sendiri menyebabkan terhalangnya kaum lain untuk mendalami Islam.


Oleh itu jalan keluar kepada permasaalahan tersebut adalah kita kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kita dimana sesiapapun yang memegang panji-panji Islam samada ia dari kaum Arab ataupun dari kaum Ajam wajib taat.


Tidak mustahil satu masa nanti pemimpin kita akan datang dari kaum selain Melayu mungkin kaum Cina atau India yang mempunyai kefahaman Ilmu Islamnya yang lebih hebat dan membawa kepada Rahmat untuk Malaysia ini. Pada hari ini pun telah lahir Ilmuan Islam dari kaum India dan cina yang asalnya mereka ini bukanlah Islam tetapi mendapat hidayah dan petunjuk dari ALLAH SWT .

Friday, May 16, 2008

KEHIDUPAN : TEORI RAHMAN 2

Merujuk kepada TEORI RAHMAN yang lalu, seorang sahabat saya dari Melaka telah memberi satu lagi teori Rahman yang terdapat dalam semua huruf dalam nama ANWAR IBRAHIM. Semua huruf tersebut mewakili RAHMAN.


A N W A R I B R A H I M


R A H M A N

KEHIDUPAN : DULU-DULU 4.




PENANG DULU-DULU 3






Wednesday, May 14, 2008

KEHIDUPAN : PENANG DULU-DULU 2




Bak kata orang yang lama jangan dilupakan. Sejarah mengajar kita menjadi matang dalam urusan hidup.

KEHIDUPAN : PENANG DULU-DULU.






Bersesuaian dengan kegemaran saya dalam mengumpul gambar-gambar lama Penang untuk tatapan semua. Bahkan semua gambar-gambar yang tergantung dirumah saya adalah dari gambar-gambar hitam putih sekitar tahun 1900 - 1905.


Tuesday, May 13, 2008

KEHIDUPAN : WELLNESS CHALLENGE.

Wellness challenge diketuai oleh Tengku Ezan tujuan untuk mengempiskan perut -perut yang boroi specially saya. Anyway dah lama tak jogging. kebetulan kaki sakit just jalan sahaja untuk mengeluarkan peluh yang dah liat didalam tubuh ini. last sekali jogging at Padang Polo Ipoh 8yrs ago.

Best part orang buat dua round, saya tak sampai hujung patah balik. Jumpa client lama En. Tabarani dari Taman Kenari Kulim. Jogging setiap hari Khamis dan Ahad bersama isteri. Walau bagaimana pun enjoy dan dapat melihat pemandangan yang cantik di Mengkuang Dam Bukit Mertajam apatah lagi cuaca agak yaman selepas hujan.

Gambar dari kiri- Lim, Jt, John Lim, William Neoh, Tengku Ezan, Saya dan Teoh Phaik Leong.

Sunday, May 11, 2008

KEHIDUPAN : HIDUP BUJANG

Hampir dua tahun hidup membujang di Telok Intan atau dahulunya dikenali dengan Telok Anson. Arahan tukar ke TI adalah atas urusan kerja, oleh kerana masaalah persekolahan anak-anak saya mengambil keputusan untuk hidup membujang disana. Situasi ini adalah satu pekara yang biasa bagi pekerja disyarikat saya. Saya menyewa di sebuah rumah flat diTaman Rose yang mana satu -satunya flat yang ada di bandar TI.

Dua tahun bagi saya adalah masa yang sangat singkat kerana setiap hari jumaat saya akan balik keParit buntar bersama keluarga semula dan pagi isnin akan bertolak kembali ke TI. Kehidupan disana tidaklah sebosan yang disangkakan kerana kebanyakan masa dihabiskan dengan kerja kerja saya. Rumah sewa hanyalah tempat untuk berihat sahaja kerana kebanyak masa dipejabat dan melawat kawasan.

Sebaik saja selesai kerja, balik kerumah rehat dan keluar semula untuk makan malam. Kalau teman serumah ada, kebanyakan masa di habiskan dirumah dengan berborak , kalau mereka outstation kebanyakan masa melepak dirumah bujang yang lain. Tabiat saya cukup senang dimana rasa mengantuk disitu saya akan tidur. Keesokannya pulang rumah sewa mandi dan terus kerja. Beginilah routine seharian.

Pengalaman yang tidak mudah dilupakan ialah setiap kali terasa bosan akan pergi menonton wayang gambar. Terdapat dua buah panggung wayang diTI. Satu untuk gambar Inggeris dan satu lagi khusus untuk filem tamil. Paling ramai penontonnya ialah sepuluh orang dan paling sedikit tiga orang. Yang menjadi tanda tanya saya bagaimana panggung ini membuat keuntungan. Adakah menunaikan tanggungjawab sosial ataupun ada udang disebalik batu?

Kalau outstation ketapah hotel yang menjadi pilihan ialah Hotel Utara diatas Pasaraya Kawan. Harga RM35.00 semalam. Pekan Tapah kecil selepas pukul 8.00 mlm sunyi dan tiada apa-apa aktiviti dan begitu jugalah diTI.

Senarai member yang pernah duduk serumah ialah, Woo Kok Leong , budak Ipoh tetapi dah resign dan sekarang berada diSingapura bekerja dengan Kapal Pelancongan. Mr. Ang kim Sai telah pun bersara, Megat kini bertugas diKuala Kangsar , Budak ice cream malam jadi bouncer diKelab Malam diIpoh. Shaharrudin Exc. Business Unit dan sekarang bertugas di HQ Kuala lumpur.

Walaupun saya telah bertukar ke Bukit Mertajam , pengalaman selama dua tahun di TI sentiasa dalam ingatan. Banyak sengsaranya hidup bujang ketika malam berlabuh dan terkenangkan.........

Saturday, May 10, 2008

KEHIDUPAN : TEORI RAHMAN

Pemimpin silih berganti dan masihkah teori " RAHMAN" diterima pakai atau ianya hanyalah satu kebetulan sahaja? Sejarah telah menunjukan bahawa beberapa huruf yang tertera diatas telah digunakan R mewakili TENGKU ABDUL RAHMAN.





A - TUN ABDUL RAZAK





H- TUN HUSSIEN ONN






M- TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD







A- DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI



Hanya huruf " N " masih menjadi tanda tanya? Siapakah yang akan mengunakan huruf tersebut . Jawapan berada di tangan ALLAH SWT manusia merancang yang menentukannya adalah ALLAH SWT. Tunggu dan lihat. Macam-macam boleh berlaku.









DATO SERI NAJIB TUN ABD. RAZAK



ATAU






DATO SERI ANWAR IBRAHIM



Sila rujuk huruf tersebut, adakah huruf " N " tersebut akan diguna pakai atau terlakar satu sejarah pemimpin yang pernah disingkirkan akan memansuhkan huruf " N"

Friday, May 9, 2008

KEHIDUPAN : KEBARANGKALIAN.

Jam menunjukan pukul 6.30 ptg, tekak terasa kering dan kerja - kerja yang harus dilakukan telah disempurnakan untuk hari ini. Kebetulan berjumpa dengan member kerja, Mat jom pergi minum sat. Ok! kat mana tanya kawan saya ? Tempat biasa depan masjid.


Sebaik sahaja sampai diwarung terus pesan minuman. Bos, bagi saya kopi o ice dan engkau nak minum apa mat? Teh tarik sudahlah. Diatas meja terpampang suratkhabar Suara Keadilan dengan tajuk utamanya :





" ANWAR MENJADI PM OGOS INI"


Lantas member saya mengeyitkan kening mata tanda isyarat inginkan pendapat saya. Saya menjawab kebarangkalian itu ada kerana dalam politik macam -macam boleh berlaku. Kita harus ingat Tun Dr. Mahathir juga pernah dibuang dari Umno oleh Tuanku Abd. Rahman satu masa dahulu dan akhirnya beliau juga menjadi Pm dan sejarah akan berulang lagi.

Dalam politik tidak wujud musuh atau kawan yang kekal ia umpama double single bed in hotel room. Today u kawan maka u cantumkan katil menjadi single queen bed dan bila bermusuh just separate the bed menjadi double single bed balik. Dunia ini bulat dan sentiasa berpusing begitu juga sejarah sentiasa berulang.



Let forget about it kerana bagi saya siapa pun naik ia haruslah orang yang jujur dan beramanah. Minuman yang dipesan telah sampai dan kami bersembang dari satu topik ke satu topik yang berkisar tentang keadaan politik masa kini.



Selesai minum saya ketempat pembayaran dan terus kekereta saya. Nal aku nak beritahu kau yang member kita khawin lagi . Siapa ? tanya saya .sifulan bin fulan jawab member tadi. Kan member kita ini dah ada dua. Ia lah dia khawin satu lagi. Tak pe le kerana dia banyak duit dan mampu beristeri tiga . Kenapa ?

Tiada apa, aku takut jadi macam gitu jawab member saya. Nal member kita yang kat office juga dah khawin lagi dan dah ada anak satu. Tak pe le dah jodoh dia. Masuk kereta dan terus balik kerumah.




Tuesday, May 6, 2008

KEHIDUPAN : BALIK

Telah sampai masanya untuk pulang keSemenanjung dengan membawa seribu kenangan yang tidak mudah dilupakan dalam hidup. Pengalaman sepanjang pengembaraan di Sibu Sarawak meninggalkan kenangan manis dalam meyusur sepanjang sungai Rejang dan tidak lupa juga kemewahan menikmati udang galah segar yang mengakibatkan tekanan darah naik akibat dari ketinggian kandungan kolestrol.




Perjalanan sudah sampai kepenghujung, sejauh mana pun burung terbang akhirnya kesarangnya juga. Sejauh mana manusia mengembara akhirnya pulang kerumah juga.

Naik kapalterbang yang kecil hinggalah yang besar.
Dari Kuala Lumpur ke Kucing - Boeing 737.
Kucing ke Sibu - Fokker.
Sibu ke Kucing - Boeing 737
Kucing ke Kuala Lumpur- DC 10 connecting flight from Manila to Kuala Lumpur.
Macam macam rasa....


Selamat tinggal Sibu dan Kucing berhajat nak ke Sabah pula. Insyaallah kalau diizinkan.



Monday, May 5, 2008

KEHIDUPAN : SIBU SARAWAK



Sebaik sahaja sampai diKucing terus menaiki penerbangan keSibu yang telahpun menunggu di landasan kapalterbang Kucing International Airport. Dari Boeing 737 tukar ke Fokker bergegar semasa takeoff ,banyakan berdoa semoga selamat sampai. Hanya sarapan ringkas sahaja yang disediakan. Penerbangan mengambil masa lebih kurang satu jam. Kelihatan permandangan bandar Sibu dari udara.



Sebuah perkampungan di bandar Sibu. Salah satu perkampungan yang dilawati semasa disana. Bandar kecil yang dilawati termasuklah seratok dan pusa. Dari Seratok kami menaiki sampan berengin yang paras airnya sama dengan sampan. Dari anak sungai yang kecil sampai kesungai yang besar. Kena banyak tawakal. Banyak buaya. Semasa naik sampan semuanya senyap dan banyak berzikir kerana seriau.........kata orang penang.Destinasi kami ke Pusa.


Pintu gerbang dibandar Sibu. Kebanyakan lawatan saya meliputi kawasan penduduk melayu Sarawak yang banyak dipinggir sungai. Ramah dan suka melayan tetamu yang datang dari jauh. Makanan istimewa adalah ummai yang diperbuat dari ikan mentah yang digaul dengan asam limau. Ikan salai terutamanya terubuk dan ikan bulu banyak disini. Tak beli apa pun yang dibawa balik hanyalah sirap delima yang susah didapati disemenanjung Malaysia.



Permandangan dari udara sungai Rejang di Sibu Sarawak. Ia merupakan salah satu perhubungan yang penting disarawak. Kebanyakan masyarakat melayu Sarawak duduk dipinggir sungai. Maka bot bot laju merupakan pengangkutan yang penting untuk menghubungkan bandar bandar disepanjang sungai Rejang. Manakala masyarakat Iban kebanyakanya mendiami kawasan perdalaman dan ada yang tidak dapat dihubungi melalui sungai dan jalanraya. Pengangkutan utama adalah kapalterbang kecil dan helikopter. Pernah terjun dalam sungai ini semasa melawat salah sebuah kampung dipinggir sungai rejang. Takut juga kalau kalau bertembung dengan sang buaya. Buat selamba je kerana orang kampung pun mandi disitu juga. Airnya masaallah keruh macam teh tarik.




Roundabout yang berhampiran dengan Lapangan terbang Sibu yang diambil melalui tingkap Fokker. Lega rasanya apabila kapten memberitahu kita akan mendarat sekarang. Kata orang semasa landing lagi bahaya. Duduk diam dan bacalah apa apa ayat yang ingat.





Permandangan diluar ruang utama Lapangan Terbang Sibu.






Gambar Fokker. Bunyi kipas yang kuat dan agak bergegar semasa takeoff dan landing. Tetapi ia merupakan satu pengalaman yang tidak mudah dilupakan. Balik keKucing menaiki Boeing 737.



Airbriged di Lapangan Terbang Sibu. Kelihatan ground crew siap sedia dengan pendaratan fokker untuk kerja kerja pemunggahan beg dan barang-barang.







Sunday, May 4, 2008

KEHIDUPAN : BERMALAM DITERMINAL DUA SUBANG AIRPORT.

Biasanya untuk penerbangan harga murah keSarawak. Selalunya akan berlepas pada awal pagi dari Teminal Dua. Destinasi kami sebenarnya keSibu dan transit diKucing. Memandangkan penerbangan berlepas hampir masuk waktu azan subuh kami telah mengambil keputusan untuk bermalam di Terminal Dua. Kami sampai di Terminal jam 11.mlm dan terus keruang menunggu yang agak tersorok dan bentang bedding kami. Pekara seperti ini adalah permandangan biasa bagi budget traveller mcm saya.
Kami bangun awal untuk persiapan penerbangan. Sebaik sahaja kami mendapatkan boarding pass kami terus ke transit room untuk menunggu kapalterbang Boeing 737. Masaalah timbul apabila pengumuman untuk naik kapalterbang kerana telah masuk waktu subuh. Kami ambil keputusan untuk sembahyang subuh dahulu kerana kami tahu sembahyang subuh akan terlepas kerana penerbangan mengambil masa lebih kurang dua jam.

Nampaknya pengawal gate transit agak gelisah kerana kami akan melambatkan penerbangan apatah lagi yang menjaga gate juga orang Islam. Kami diarahkan segera bersembahyang subuh dan procced kegate.

selepas sembahyang terus naik tangga kapalterbang dan injin kapal terbang telah pun dihidupkan dan nampaknya kesemua penumpang memerhatikan kami kerana melambatkan penerbangan. Kami buat muka selamba, yang pentingnya kami menunaikan perintah ALLAH SWT. Dalam keadaan ini kami lihat berapa ramai yang tidak menunaikan solat dan sekiranya berlaku apa-apa keadaan sekurang kurangnya kami telahpun menunaikan tanggungjawab kami sebagai orang Islam.

Sebaik sahaja duduk lalu kapten membuat pengumuman , Good morning and Assallammualaikum to our Muslim passengger, Sorry we are going to delay our flight due to bad wheather and we will takeoff once we get a permission from the Tower . Sorry for the unconvinience. Thank you.

We are going to takeoff now pls fasten your seatbelt and follow the flight instruction given by ours crew member. Thank you and enjoy your flight. Sebaik sahaja sampai ke Kucing kami akan terus transit untuk penerbangan keSibu dengan Fokker 50.

Saturday, May 3, 2008

KEHIDUPAN : ISTANA NURUL IMAN

Pandangan istana dari udara.



Tidak pernah termimpi satu hari saya akan menjejakkan kaki didalam Istana Nurul Iman yang terbesar didunia. Ia merupakan kediaman rasmi Sultan Brunei dan ia mempunyai 1788 bilik dan tiga tingkat dibawah tanah hanya untuk menyimpan koleksi kereta-kereta mewah yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar kereta ternama.






Sebaik sahaja sampai diAirport ,bas persiaran telah pun menunggu untuk membawa semua pelajar ITM keIstana untuk lawatan singkat sebelum memulakan tugas sebagai waiter Istana selama seminggu. Kami dibawa kedewan santapan diraja yang terdiri dari tiga bahagian . Dewan utama yang tertutup untuk VVIP dan para jemputan diRaja sahaja manakala Dua dewan yang dihadapan dibahagi dua dan ditengah-tengahnya terdapat satu padang untuk stageshow. Sebagaimana yang kita lihat gerbangnya dibuat dari Emas 24k dan begitu juga dengan lampu-lampu chandiliernya dari kristal bersalut emas.






Istana ini juga mempunyai bilik air VVIP dan diRaja yang berkilau dan gold plated. Cukup mewah dan dah tentu perbelanjaan untuk membinanya melebihi bilion brunei dollar. Walaupun lawatan yang singkat dan hanya tempat tempat yang tertentu sahaja yang dibenarkan melawat tetapi kemewahannya terserlah.






Selesai lawatan terus ke bilik tempahan pakaian untuk waiter yang dibuat disitu. Ukuran baju dibuat dan akan siap pada keesokan harinya. Kebanyakanya pekerjanya terdiri dari orang orang Filipina dan orang tempatan hanyalah tentera-tentera diRaja Brunei.





Jamuan yang akan diadakan selama tiga hari terbahagi kepada:



Hari pertama untuk semua anak anak yatim dari seluruh rumah anak yatim diBrunei yang dijemput dengan kereta mewah merc. diRaja.



Hari kedua untuk rakyaat jelata dari seluruh Brunei.



Hari ketiga untuk tetamu terhormat dari seluruh dunia yang terdiri dari Raja-Raja dan pembesar penbesar dunia yang dijemput khas.



Walaupun penat tetapi terasa kepuasan berkerja disana. Hari terakhir dibawa melawat Brunei dan Brunei bukanlah tempat membeli belah. Kebanyakannya masyarakat Brunei akan bershopping samada diMalaysia,Singapura dan London. Cukup mewah dan no incometax.





KEHIDUPAN : BRUNEI DARUL SALAM.

MASJID SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN
KAMPUNG AIR DIBRUNEI

SULTAN BOLKIAH SEDANG BERSALAMAN DIHARI RAYA AIDIL FITRI


ISTANA NURUL IMAN BRUNEI DARULASSALAM



PANDANGAN DARI URADA ISTANA NURUL IMAN




PINTU MASUK KEISTANA NURUL IMAN





ARIEL LOOK OF BRUNEI







MASJID YANG TERKENAL DIBRUNEI MASJID SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN