After more then 10 years my last visit to Langkawi. This trip was orgainised by my Dealer for their trip incentive.
Tuesday, July 9, 2013
KEHIDUPAN : TAUBAT
Masa berjalan dengan pantas, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan berjalan dengan begitu cepat sekali. Adakah ini menandakan akan berakhirnya dunia ini?Baru terasa ramadan yang lepas tiba-tiba ramadan menjelma kembali seolah-olah tahun berganti tahun seperti hari semalam. Apakah ini disebabkan kesibuk manusia yang berjalan dengan pantas atau inilah ketentuan Allah Swt apabila untuk menandakan penghujung dunia ini akan berakhir..........Ah, biarkan lah masa itu berlalu tetapi persoalannya kita, kita manusia ini yang dicipta oleh Allah Swt. Apakah bersedia untuk menghadapi kepantasan masa berlalu? Apakah sudah cukup amal yang baik kita lakukan atau apakah dosa yang kita lakukan dapat ditinggalkan? Beribu-ribu persoalan yang bermain didalam fikiran kita, selagi nafas masih keluar masuk dengan percuma, selagi itu lah pintu taubat akan terbuka.
Besar atau kecilnya dosa yang kita lakukan, yang paling menakutkan kita adalah dosa yang sama dilakukan berulang-ulang kali sehingga merasakan, ah, tidak apa, pintu taubat masih terbuka. Malangnya maut tidak kita lihat dan ketahui,bila datang menjelma...........Kita ketagih melakukan dosa seperti ketagihnya manusia kepada candu. Walaupun kita ketahui akan keburukannya tetapi nafsu mengatasi segala-galanya. Semoga keberkatan Ramadan Al Mubarak ini Allah Swt akan terima penyesalan kita terhadap dosa-dosa yang kita lakukan dengan sengaja atau terlajak. Allah Swt Maha pengampun lagi Maha pengasihani.........................
Labels:
JOURNAL
Location:
Kepala Batas, Penang, Malaysia
Sunday, June 30, 2013
KEHIDUPAN : SIBUK
Lantas kesibukan kerja membuatkan saya tidak mengemaskinikan sebarang aktiviti dalam blog. Tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan yang tertekan dengan kerja-kerja yang semakin hari semakin mencabar. Walaupun pun tempoh persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun tetapi tekanan kerja membuatkan saya terfikir, adakah berbaloi untuk berkerja pada umur tersebut? Apa yang saya mahukan persaraan itu ditempoh dengan baik dan mengunakan saat itu untuk menumpukan kepada ibadat kepada Yang Maha Pencipta Alam Ia Itu Allah Swt. Perkataan ibadat itu sangat luas termasuk berjalan mengeliling bumi untuk melihat ciptaan Allah Swt setiap negara,negeri,adat,budaya,makanan dan pandangan untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Masih banyak perkara yang harus dilalui dalam tempoh untuk sampai ke umur 60 tahun.........................
Labels:
JOURNAL
Location:
Kepala Batas, Penang, Malaysia
Monday, May 27, 2013
Wednesday, May 22, 2013
LIFE : DINDING RIVER
Awesome view from the bridge crossing the Dinding river. Almighty Allah Swt said, don't ever thinks about me, thinks about my creation that benefit to human.
Tuesday, May 21, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)