Monday, August 18, 2008

KEHIDUPAN : CAMERON HIGHLAND 2












Saturday, August 16, 2008

KEHIDUPAN : TOPIK MENARIK


Walaupun terlepas sembahyang subuh berjemaah disurau, saya pergi juga kesurau untuk menghadiri kuliah subuh yang disampaikan oleh ustaz jemputan. Beliau menerangkan pentingnya kita mengikut kehendak agama dan berdasarkan sumber hadis dan Al quran sebagai rujukan. Bukannya mengikut apa yang lazim dilakukan oleh orang ramai. Beliau menegaskan bahawa ikutlah agama walaupun ia bertentangan dengan kehendak manusia kerana disitu terletaknya hikmah tersembunyi yang tidak diketahui oleh manusia.


Cuti sekolah telah pun bermula dan anak-anak mula membuat perancangan untuk cuti berehat, maka luangkan masa bersama mereka dan cadangan nak ke Cameron Highland. Pastinya bilik-bilik hotel akan penuh kerana tiada perancangan awal untuk kesana. Janji tetap janji dan terpaksa ditunaikan agar anak-anak tidak merasa stress. Sempat postkan satu blog sementara menanti anak-anak bersiap-siap. Keseronokan bersama anak-anak akan dimanafaatkan untuk keutuhan dan kesejahteraan keluarga.


Friday, August 15, 2008

KEHIDUPAN : TIADA JALAN MUDAH


Pernamaan calon bagi pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada 16 ogos 2008. Kebetulan tempat pernamaan calon tersebut berada berhampiran dengan pejabat saya, kelihatan poster-poster bagi pilihanraya tergantung dan berselang seli dengan parti pemerintah dan parti pembangkang. Apakah ada jalan mudah untuk kedua-dua pihak untuk menang dalam pertandingan tersebut? Parti pemerintah akan mengunakan seluruh jentera untuk memastikan pertandingan tersebut akan menyebelahi mereka. Maka isu-isu yang sensitif dan yang mengaibkan telah timbul secara tiba-tiba. Apakah ini akan memberi kesan kepada pihak lawan.? Terlalu awal untuk dibicarakan.


Yang pastinya tiada jalan mudah untuk menang, semua pihak akan mengunakan kepakaran masing-masing untuk menyakinkan pengundi bahawa merekalah yang layak untuk mewakili mereka diParlimen. Bagi pihak lawan, pilihanraya ini penting untuk jalan ke Putrajaya manakala bagi pihak pemerintah pula inilah jalan untuk meyakinkan pengundi bahawa mereka masih releven setelah kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen.


Seperti biasa pihak pemerintah akan menjanjikan pembangunan dan projek-projek telah mula mencurah masuk dan janji-janji manis dan gula-gula pembangunan akan dicanang kehulu kehilir semata-mata untuk menarik perhatian pengundi. Calon-calon akan sibuk bertemu penduduk-penduduk sekitar dan akan pasti tidak kelihatan apabila diistiharkan menang ataupun kalah dengan beribu alasan, tetapi tak perlu risau kerana ini merupakan fenomena biasa dalam politik.


Pihak pembangkang pula akan mengunakan kepetahan bercakap serta menjanjikan pemerintahan yang adil dan saksama tanpa membeza-bezakan soal bangsa dan agama. Ceramah yang berapi -api serta dapat menarik perhatian pendengar. Kebanyakannya ceramah pihak pembangkang akan mendapat perhatian dan menjadi tumpuan orangramai kerana mereka membawa isu-isu yang membabitkan ketidak telusan pihak pemerintah dalam mentadbir negara.


Apa yang pastinya, tunggulah keputusannya setelah sepuluh hari berkempen yang akan bermula pada 16 ogos setelah penamaan calon dibuat. Tunggu dan lihat.

Thursday, August 14, 2008

KEHIDUPAN : MELATAH


Sejak kebelakangan ini banyak isu-isu sensitif telah timbul atau sengaja ditimbulkan untuk mengugat kestabilan dalam negara yang terdiri dari penduduk yang berbilang bangsa. Adakah ini ditimbulkan oleh rakyat atau sengaja ditimbulkan oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan diri dari pihak pemerintah mahupun dari pihak pembangkang. Masing-masing cuba menjadi wira rakyat, sedangkan perbuatan mereka ini, sedar atau tidak sedar mengelirukan rakyat kebanyakannya. Malangnya yang melatah itu adalah dari bangsa Melayu dan lebih malangnya lagi isu itu juga dilatahkan oleh orang Melayu sendiri. Mengapa jadi begini dan dimanakah letaknya waras pemikiran orang Melayu.?


Sifat melatah telah wujud dalam budaya Melayu sejak zaman kezaman dan kerana terlalu melatahlah orang Melayu ini mudah dijajah. Apabila kita melihat sejarah betapa mudahnya orang melayu ini dijajah oleh pihak asing sejak zaman Kerajaan Melaka. Satu demi satu bangsa datang menjajah Tanah Melayu yang mana lipatan sejarah tersebut pastinya tidak terpadam dari buku sejarah. Apakah kita tidak mengambil iktibar dari sejarah tersebut. Jangan lupa pada sejarah kerana kita takuti sejarah akan berulang dan kita akan diajar oleh sejarah itu sendiri.


Dalam isu yang telah timbul baru-baru ini yang melibatkan agama dan bangsa Melayu, mudahnya kita melatah padahal kita tidak pula melihat dan meneliti isu itu dalam satu kontek yang lebih waras. Kita seharusnya mempunyai satu sifat yang terbuka tetapi tegas dalam menerima pandangan orang lain sebelum mengambil satu-satu tindakan. Sekiranya cadangan dan pandangan itu memang bertentangan dengan kepentingan bangsa Melayu dan Agama maka sebaik-baiknya duduk dan berbincang dengan orang yang mahir dalam undang-undang dunia mahupun undang-undang agama syariah.


zaman telah berubah dan pemikiran manusia semakin berkembang, jangan biarkan diri kita ini di kuasai oleh emosi yang tidak berasas. Nyatakan ketegasan baik yang melibatkan bangsa dan agama dalam satu-satu pekara. Islam itu lembut tetapi tegas dalam urusan masuk ataupun keluar dari Islam. Tidak ada paksaan dalam memeluk agama Islam. Agama Islam pula bukan alat untuk kepentingan diri dalam erti kata lain suka-suka masuk dan suka-suka keluar sebab itu Islam meletakan hukuman yang berat dalam soal murtad kerana Islam menganggap orang murtad itu satu barah yang merbahaya yang boleh merosakan orang lain.


Wahai bangsa ku Melayu yang beragama Islam jangan mudah melatah dan jangan biarkan diri ini diperalatkan untuk kepentingan orang lain kerana tindak tanduk kita akan membawa kebinasaan dan ditakuti serta dikhuwatiri menjadi cacian generasi yang akan datang.


Monday, August 11, 2008

KEHIDUPAN : MAGGI ROADSHOW PENANG

Maggi Roadshow yang diadakan di Hotel Citybayview pada 11 August 2008 bertujuan untuk membentangkan laporan jualan dan aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Jan hingga July 2008. Pada keseluruhannya Penang Branch telah mencapai sasaran yang mengalakkan dan pertumbuhan positif dengan YTD 101% sehingga July.

Hulk sedang memecahkan jenama kompetitor dan digantikan dengan Maggi Secukup Rasa, bahan perisa yang baru keluaran Nestle Malaysia.


En. Idzam Muhammad Exec. Brand Manager bagi jenama Maggi Malaysia sedang memberi penerangan dan sasaran yang telah dicapai sepanjang bulan Jan. ke July 2008. Pertumbuhan positif telah dicapai oleh Penang Branch.


Live show dan pom pom girl dari Penang Branch serta dari HOU Maggi Team sedang membuat persembahan.


Mr. Lim Boon Huat Exec from Kangar ASO, saya, Mr. Megat salerep dari Kuala Kangsar ASO dan Mr. Dinesh Abidin Special Manager untuk NBC Penang Branch.

Sunday, August 10, 2008

KEHIDUPAN : MUMMY



Filem yang penuh dengan adegan adventure, sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Saya telah pun menonton ketiga-tiga siri dan saya dapati jalan cerita yang serupa. Perbezaannya hanya dari segi lokasi mummy. Siri kedua lebih kepada kisah lama Mesir, dimana mengisahkan seorang Raja Mesir yang dimummykan dan cuba dihidupkan kembali. Begitu juga dengan siri ketiga yang lebih mengisahkan Raja Cina dalam dinasti Ming.

KEHIDUPAN : KEKELIRUAN DALAM ADAT PERPATIH






" Biar mati anak jangan mati adat", kita kerap mendengar rangkapan ini dan
Masih banyak orang luar yang tidak faham tentang adat perpatih yang diamalkan oleh orang-orang Negeri Sembilan. Kerap kali mereka akan memperlecehkan adat tersebut tanpa meneliti adat tersebut. Walau pun saya tidak begitu arif tetapi sebagai salah seorang anak yang dilahirkan dari kalangan orang yang mengamalkannya terutamanya ayah saya merupakan ketua adat dikampung saya. Mari kita mengupas persoalan ini.

Salah faham tentangnya kerap berlaku. Sebenarnya rangkapan tersebut tidak lengkap, adat yang dimaksudkan dalam istilah orang adat perpatih adalah agama. Rangkapan yang lengkap ialah "Biar mati anak jangan mati adat, adat bersandarkan hukum dan hukum bersandarkan syariat"


Adat yang dimaksudkan itu bersandarkan agama yang dipegang kuat dalam adat perpatih. Adat tersebut datangnya dari Sumatra yang berpegang teguh dengan agama Islam. Adat yang berasal dalam amalan orang Minangkabau yang terkenal dengan orang alim ulama.


Mengapakah adat perpatih memuliakan atau meletakan orang perempuan satu tempat yang tinggi dalam pemilikan harta pusaka? Jawapannya ialah, pada orang yang mengamalkan adat perpatih melihat bahawa kaum perempuan ini adalah lemah dan mudah diperdayakan, sekiranya berlaku penceraian sekurang-kurangnya ada tempat berteduh dan tidak hidup merempat ditanah orang. Dalam soal pemilikan harta salah faham juga berlaku. Apabila kematian ibu atau bapa harta yang ditinggalkan akan difaraihkan oleh hakim mengikut agama tetapi bagi pihak lelaki sulung pula akan memberitahu hakim supaya bahagian lelaki diserahkan kepada adik beradik perempuan kerana pihak lelaki mempunyai kudrat untuk mencari harta lain. Ini bermakna tanah pusaka tersebut akan turun kemurun diperturunkan kepada pihak perempuan.


Bercakap mengenai keluar rumah sehelai sepinggang apabila berlakunya penceraian oleh pihak lelaki, sepanjang hayat saya tidak pernah berlaku dikalangan lelaki adat perpatih kerana kita telah diasuh supaya bekerja kuat dan memastikan apabila berlaku perceraian maka nasib anak-anak dan bekas isteri terpelihara dan tidak berlaku penganiayaan terhadap pihak tersebut. orang lelaki mampu berdikari dan mampu untuk mengumpul harta pencariannya.


Mungkin zaman telah berubah kerana kebanyakan orang perempuan juga mempunyai pendapatan sendiri dan mampu untuk memiliki harta. Maka tidak timbul masaalah kewangan apabila berlakunya penceraian tetapi dalam adat perpatih orang perempuan masih terikat kepada adat tersebut. Apabila harta itu adalah harta pencarian bersama terpulanglah kepada pihak lelaki untuk menentukannya.












Saturday, August 9, 2008

KEHIDUPAN : KUASA


Melihat keadaan suasana politik hari ini, ternyatalah begitu banyak manusia menjadi gila kuasa. Apakah kuasa yang hendak dimiliki itu untuk digunakan bagi kepentingan diri atau untuk membaiki keadaan rakyat yang sedang menderita akibat perebutan tersebut. Walhal kuasa yang diberi itu merupakan amanah dan akan disoal apabila kita kembali kerahmatullah. Adakah kita telah mengunakan kuasa kita untuk menjalani kehidupan seharian kita.


Kuasa seorang ayah adalah untuk menentukan agar keadaan rumahtangga terkawal baik dan ahli keluarga berada dalam keadaan selamat serta dapat mengawal daripada pekara-pekara yang boleh merosakan serta maruah keluarga terpelihara. Kadang-kadang kuasa yang dimiliki itu juga harus digunakan dengan kuasa veto agar anak-anak dapat dibentuk, dikawal dan sentiasa berada dalam keadaan terkawal dari anasir-anasir yang merosakan. Dalam erti kata yang lain mengjadualkan hidup agar berdisplin dan patuh pada yang telah ditetapkan.


Kuasa seorang raja pula , menentukan agar rakyat dibawahnya dapat hidup dengan sempurna dan keadilan dapat ditegakkan apabila ia memerlukannya. Raja hanya menentukan agar rakyat mematuhi arahan dan undang-undang yang telah disediakan. Kuasa yang ada dapat menyatukan rakyat tanpa menbeza-bezakan keadaan status hidupnya dan semuanya mempunyai hak untuk pembelaan.


Walau apa pun kedudukan seseorang dalam satu-satu organisasi ,apabila satu kerusi yang diberi untuk diduduki maka ia akan bertanggungjawab atas tindaktanduknya dalam amanah kuasa yang diberikan. Maka terpulanglah kepada yang penerimanya. Dalam apa keadaan pun orang yang menerima kuasa itu perlu beramanah dan beragama.


Kita telah lihat berapa banyak penyalahan kuasa telah berlaku kerana perasaan tamak dan gila kuasa. Sebelum amanah diberikan masing-masing bersumpah bahawa kuasa yang diberi akan dipikul dengan penuh tanggungjawab tetapi janji hanya tinggal janji. Terpulanglah pada kita samada kita takut pada Tuhan yang sentiasa melihat kita.


Kita ingin menangkap tikus maka diberi umpan yang baik agar tikus tertipu dengan makanan tersebut dimana tujuan kita bukanlah untuk memberi makan kepada tikus tetapi satu perangkap dan orang yang menyediakan umpan tersebut sentiasa memerhati. Begitulah juga manusia yang diberi kuasa bukanlah untuk dimuliakan tetapi satu amanah dan ada orang yang sentiasa memerhatikannya.


Fikir-fikirkan lah bagi mereka yang ada kuasa ditangan, baik peringkat bawahan hinggalah kepada pihak atasan.

Wednesday, August 6, 2008

KEHIDUPAN : CONTINENTAL DIRECT SELLING

ASO Bkt. Mertajam telah dijemput oleh Continental Prai untuk menjalankan direct selling sempena hari Wellness Campaign . Campaign ini diadakan selama satu minggu dan dipenuhi dengan berbagai aktiviti seperti derma darah, Health Talk dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Aktiviti ini dibuat dengan kerjasama dari Human Resource Dept.

Pihak Nestle ASO Bkt. Mertajam mengadakan jualan barangan produk yang tidak mengandungi bahan perisa dan makanan sihat dibawah jenama Omega, Nestum, Breakfast Cereal dan perencah Hari-Hari Maggi dan lain-lain lagi.


Sambutan agak mengalakan dengan harga barangan yang istimewa iaitu harga kos. Barangan yang mendapat sambutan adalah seperti Hari-Hari, Omega dan Milo NBC serta cornflake apatah lagi kebetulan pihak Continental telah membayar Bonus kepada pekerjanya.


Disamping itu pihak Nestle juga mengadakan sampling unit untuk Breakfast NBC serta demo masakan dari Maggi oleh Kak Azura. Kak Azura menyediakan demo cara memasak dengan mengunakan Perencah Hari-Hari tanpa bahan perisa MSG. Secara tak lansung ini mengalakan jualan bagi perencah terutamanya perencah Briayni, ayam masak merah, kurma dan rendang.


Jualan yang mengalakan dengan jumlah jualan sebanyak RM2477.40. Pihak Continental juga telah menjemput kami untuk makan tengahari bersama Human Resource Manager, disamping itu pihak Continental juga telah memberi cenderahati kepada pasukan jualan kami, bagi Pihak Nestle pula kami telah menyumbangkan 20 bag cenderahati bagi kuiz kesihatan yang dijalankan oleh Industrial Nurse Puan Aminah.

Sunday, August 3, 2008

KEHIDUPAN : LINE DANCING OLEH WARGA EMAS





KEHIDUPAN : MINISTER OF HEALTH VISIT

Menteri Kesihatan Dato Liow Tiong Lai telah dijemput oleh kesatuan Rukun Tetangga kawasan Raja Uda untuk merasmikan acara tahunan pemeriksaan kesihatan serta senaman Line Dancing. Beliau juga akan bersama-sama penduduk tempatan untuk berbasikal bagi mempromosikan cara hidup sihat.

Disepanjang acara tersebut terdapat juga pemeriksaan kesihatan percuma yang disumbangkan oleh pihak hospital swasta serta penjualan buku-buku yang bersangkutan dengan kesihatan umum. Pihak Nestle cawangan Pulau Pinang juga menyumbangkan minuman dan makanan sampling omega Plus, Maggi mee tanpa bahan perasa serta Nestle Breakfast Cereal Kokokrunch.

Seorang doktor juga dijemput untuk memberi penerangan berhubung penjagaan kesihatan serta jantung agar sentiasa sihat dengan mengamalkan cara hidup sihat serta pengambilan makanan yang seimbang. Demo cara menyediakan makanan sihat juga diadakan dan disediakan oleh pakar tukang masak yang dijemput khas oleh pihak Nestle.


Dato Liow Tiong Lai diperkenalkan dengan para hadiri dengan diiringi oleh wakil-wakil penduduk serta wakil-wakil dari jabatan kerajaan bagi kawasan Butterworth. Beliau juga akan memberi penerangan berhubung penjagaan kesihatan dan polisi kerajaan dalam menjaga kesihatan bagi rakyat Malaysia.

Ketibaan Dato Liow Tiong Lai disambut oleh Wakil Nestle Mr. Teoh Phaik Leong. Mr Teoh juga sempat memberi sedikit penerangan mengenai produk susu Omega keluaran Nestle Product Sdn. Bhd. Disamping itu , acara ini juga ditaja oleh Maggi dan Nestle Kokokrunch.



Lawatan ini bertujuan untuk merasmikan acara tahunan bagi Rukun Tetangga kawasan Jalan Raja Uda Butterworth. Dato Liow Tiong Lai sempat singgah digerai kami untuk melihat jualan yang ditaja oleh pihak Nestle. Lawatan diakhiri dengan Line Dancing oleh warga emas Rukun Tetangga Raja Uda.

Saturday, August 2, 2008

KEHIDUPAN : ANAK


Berapa anak sekarang? Itulah perkataan yang sering ditanya setiap kali bertemu dengan kawan-kawan lama, Bahkan kerap kali kita mendengar perpatah yang menyatakan bahawa anak itu merupakan satu harta. Persoalannya adakah ia merupakan satu harta yang bermanafaat atau satu harta yang berbentuk bebanan kepada kedua orang tuanya. Tidak semua orang bernasib baik kerana ada anak-anak yang berjaya hidupnya ,manakala ada pula yang menjadi satu bebanan atau tanggungan yang berat ankara tingkahlaku anak-anak.





Kerap juga kita dipersalahkan apabila anak-anak tidak berjaya dalam hidup mereka atau kita dipandang rendah oleh masyarakat kerana tidak berjaya mendidik anak menjadi seorang manusia. Ada juga yang menyalahkan kerajaan kerana membiarkan anasir-anasir yang berunsur kepada kerosakan moral berleluasa, begitu mudah kita menuding jari tetapi pernahkah kita melihat kesilapan yang kita lakukan.





Pendidikan bermula dari rumah, kita merupakan cermin kepada anak-anak. Apabila anak-anak membesar dipersekitaran yang terujudnya kasih sayang antara suami isteri, ia juga akan mempengaruhi hidupnya. Kekayaan dan memiliki sumber material keduniaan belum pasti membawa kepada kejayaan dari segi akhlak. Mahu tidak mahu kita terpaksa akur bahawa Agamalah segala-galanya.





Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Saw kita bahawa anak-anak merupakan kain putih maka kitalah yang mencorakkannya samada yahudi ataupun nasara. Begitu mudah kita membicarakannya, hakikatnya ia merupakan satu ujian dari Allah Swt mengikut tahap iman yang ada didalam diri kita ini. Kadang-kadang kita perlu menyuluh diri kita dahulu sebelum kita melihat anak-anak kita dan sentiasa berdoa agar apa kesilapan yang pernah kita lakukan tidak berulang kepada anak-anak kita.





Godaan dunia yang kita hadapi dahulu tidak sama dengan godaan dunia masa kini, ibu-ibu tidak berkerja ditambah pula dengan kehadiran datuk dan nenek yang tinggal bersama secara tidak langsung pengaruh luar agak sukar menyelinak kedalam rumah kerana ada mata-mata yang sentiasa memerhati tingkahlaku anak-anak pada masa itu. kini, keadaan telah berubah akibat dari kedesakan sistem ekonomi yang sentiasa mendesak kepada sistem materialistik yang semuanya perlu kepada wang. Akibatnya semua ibu-ibu juga terpaksa keluar mencari rezeki bagi menampung peningkatan kos sara hidup yang tinggi.





Natijahnya, anak-anak ditinggalkan sendirian untuk mengurus soal hidup mereka dan pengaruh luar juga berjaya masuk kedalam rumah tanpa batasan ditambah pula dengan sistem maklumat yang canggih. Maka godaan diluar dan didalam juga sungguh dahsyat. Kita tidak mampu untuk menepis, senjata yang ada hanyalah doa serta disiplin diri yang tinggi berpandukan kepada Agama yang dihayati. Kadang-kadang itu juga tercundang.





Oleh itu sebelum menyalahkan anak-anak suluhlah diri kita dahulu. Anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan karier hidup belum pasti tinggi nilai akhlaknya, yang pastinya akhlak yang tinggi nilainya serta beragama walaupun tidak berkedudukan tinggi pasti akan selamat dalam hidupnya.