Sunday, June 30, 2013

KEHIDUPAN : SIBUK

Lantas kesibukan kerja membuatkan saya tidak mengemaskinikan sebarang aktiviti dalam blog. Tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan yang tertekan dengan kerja-kerja yang semakin hari semakin mencabar. Walaupun pun tempoh persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun tetapi tekanan kerja membuatkan saya terfikir, adakah berbaloi untuk berkerja pada umur tersebut? Apa yang saya mahukan persaraan itu ditempoh dengan baik dan mengunakan saat itu untuk menumpukan kepada ibadat kepada Yang Maha Pencipta Alam Ia Itu Allah Swt. Perkataan ibadat itu sangat luas termasuk berjalan mengeliling bumi untuk melihat ciptaan Allah Swt setiap negara,negeri,adat,budaya,makanan dan pandangan untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Masih banyak perkara yang harus dilalui dalam tempoh untuk sampai ke umur 60 tahun.........................